Skip to main content

Hiburan

Lembah Klang Sesak Luar Biasa Minggu Ini, Perjalanan 30 Minit Kini Ambil Masa Hampir Dua Jam

Jammed

Minggu ini, Lembah Klang sesak luar biasa.

Perjalanan yang lazimnya hanya mengambil masa 30 minit, kini boleh mencecah hampir dua jam untuk sampai ke destinasi.

Itu keluhan rata-rata pengguna jalan raya di media sosial yang berkongsi kisah mereka terperangkap dalam kesesakan trafik, sehingga timbul persoalan, apa punca sebenar kesesakan kali ini?

Menjawab persoalan itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, ia susulan terdapat peningkatan kenderaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Jelas beliau, keadaan berkenaan disebabkan orang ramai mengambil kesempatan untuk membeli-belah sempena sambutan perayaan itu terutama di kawasan tumpuan pusat bandar.

Mohd Zamzuri berkata, kesesakan ini juga berlaku berikutan Majlis Raja-Raja yang berlangsung di ibu negara selama dua hari sehingga 12 Februari.

“Selain itu, keadaan cuaca yang tidak menentu turut menyebabkan peningkatan penggunaan kereta berbanding motosikal, sekali gus menambah jumlah kenderaan di jalan raya,” katanya kepada Sinar Harian.

Sehubungan itu, Mohd Zamzuri menasihatkan pengguna jalan raya agar merancang perjalanan lebih awal, mematuhi peraturan lalu lintas serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Sumber: Astro AWANI 

Foto: Harian Metro

Anda mungkin berminat dengan

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Must-Watch Video

Advertisement