Ringkasan AI
- Seorang lelaki dikenali sebagai Nas Amer, dipercayai teman istimewa pelakon Tiz Zaqyah, berkongsi foto bersama aktres itu di Threads.
- Nas Amer memohon doa agar urusan mereka dipermudahkan dalam hantaran tersebut.
- Perkongsian itu mendapat perhatian peminat yang memberikan ucapan tahniah dan doa kebahagiaan.
- Warganet menasihati Nas supaya menjaga Tiz Zaqyah dengan baik kerana dia adalah kesayangan ramai.
- Tiz Zaqyah pernah mengumumkan akan menamatkan zaman bujang tahun depan bersama pilihan hatinya, yang juga kenalannya sejak kecil.
Seorang lelaki dipercayai teman istimewa kepada pelakon, Tiz Zaqyah, mencuri perhatian warganet apabila berkongsi beberapa foto bersama aktres itu di laman sosial Threads.
Menerusi hantaran tersebut, individu dikenali sebagai Nas Amer turut memohon doa daripada orang ramai agar urusannya dan Tiz dipermudahkan.
“Assalamualaikum, doakan kami semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin.”
Perkongsian itu pantas menarik perhatian peminat yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa kebahagiaan buat pasangan berkenaan.

Rata-rata warganet juga menitipkan pesanan agar Nas menjaga pelakon kesayangan ramai itu dengan baik.
“Cherish her accordingly.
“Bang jaga Tiz Zaqyah kami elok-elok naaaa. Saya crush Tiz dari zaman Nur Kasih lagi.
“Kena sayang Tiz betul-betul! Kesayangan ramai tu. Be happy.
“Jaga dia, sayang dia elok-elok ya. Jangan guris hati dia. Semoga Allah permudahkan urusan encik dan Tiz,” komen beberapa netizen
Sebelum ini, Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 37, pernah memaklumkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan bersama pilihan hati, namun belum menetapkan sebarang tarikh rasmi.
Difahamkan, lelaki berkenaan merupakan kenalan Tiz sejak kecil dan juga adik kepada seorang pelakon tempatan.
Sumber: Threads