Skip to main content

Hiburan

Laung Free Palestine Di Konsert, Apple Music Buang Lagu Lorde

Lorde

Lagu-lagu milik Lorde telah ‘hilang’ daripada platform Apple Music selepas penyanyi itu melaungkan slogan Free f-king Palestine sewaktu mengadakan konsert di New York, awal minggu ini.

Bintang berusia 28 tahun itu melaungkan slogan tersebut sewaktu mendendangkan lagu hitnya, Team di Madison Square Garden. Slogan tersebut dilaungkan pada bahagian korus lagu itu, lapor The New York Post.

Advertisement

Sebaik kejadian itu berlaku, lagu-lagu milik penyanyi kelahiran New Zealand itu lenyap daripada Apple Music di Israel.

Bagaimanapun lagu Lorde masih boleh didengar menerusi Apple Music Amerika Syarikat.

Terdahulu Lorde menjadi pemuzik terkini yang bergabung dalam gerakan boikot 
No Music for Genocide bersama ratusan pemuzik lain yang enggan karya mereka dilayari dalam platform digital Isreal.

Lorde kini dalam rangka jelajah konsert Ultrasound World Tour kerana mempromosi album terkininya, Virgin.

Lorde memang dikenali sebagai seorang selebriti yang pro Palestin. Pada tahun 2017, Lorde pernah membatalkan penampilannya di Tel Aviv kerana menerima tekanan daripada aktivis.

Must-Watch Video

Advertisement