Skip to main content

Hiburan

Lama Menyepi, Hantaran Terbaharu Azar Azmi Di IG Raih Perhatian - “Takkan Ada Lagi Abah Yang Sama”

Azar Azmi

Sekilas

  • Pelakon Azar Azmi berkongsi berita sedih mengenai kemalangan maut yang meragut nyawa individu yang dipanggilnya ‘Abah’ di Plaza Tol Bentong.
  • Azar menjelaskan kematian bukan disebabkan pemanduan laju atau mengantuk, tetapi akibat masalah sekatan jantung tahap ketiga.
  • Azar mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dan memohon orang ramai mendoakan roh Mohd Sapri Aziz agar dicucuri rahmat.

Selepas sekian lama menyepi dari media sosial, pelakon, Azar Azmi menyorot perhatian apabila memuat naik satu hantaran menyayat hati menerusi Instagram (IG) miliknya.

Menerusi hantaran yang dibuat, Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi berkongsi mengenai berita kemalangan maut melibatkan individu yang dipanggilnya sebagai ‘Abah’ Plaza Tol Bentong, Lebuh Raya Kuala Lumpur–Karak, pada Selasa.

Ujar Azar, pemergian ‘Abah’ bukanlah disebabkan oleh faktor ‘micro sleep’ mahupun pemanduan yang laju tetapi ianya  berpunca daripada masalah sekatan jantung peringkat ketiga (third-degree heart block).

Azar turut menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang membantu memudahkan segala urusan individu tersebut.

“Terima kasih kepada semua yang telah membantu beliau semasa kejadian. Kami minta maaf kami tak mampu untuk membalas jasa baik anda semua. Hanya Allah yang mampu membalas jasa penat dan lelah awak semua.

“Kami minta maaf andai ada yang terpaksa tinggalkan keluarga didalam kereta sebentar di tepi jalan demi membantu abah. Terima kasih semua dan saya minta maaf kerana telah menyusahkan kalian.

“Mungkin benda nak jadi dan masa abah dah pun sampai, benda jadi pun masa abah tengah drive. Bukan sebab abah drive laju atau mengantuk, walhal kereta juga tak ada sebarang masalah.

“Berlaku third degree complete heart block menyebabkan semua damage,” tulis Azar.

Dalam masa yang sama, Azar yang popular menerusi drama Derita Untuk Bahagia ini meminta orang ramai untuk mendoakan agar roh insan yang bernama Mohd Sapri Aziz dicucuri rahmat.

Azar turut menyifatkan bahawa tiada lagi sosok seorang bapa yang penyayang disisinya selepas ini.

“Tak apalah, semua telah pun selesai. Saya mohon kepada semua sedekahkan fatihah buat abah Mohd Sapri bin Aziz.

“Seorang abah yang sangat baik, seorang abah yang sangat penyayang, seorang abah yang sangat mengambil berat, seorang abah yang tak tinggi suara tapi semua takut
dengannya.

“Tak akan ada lagi abah yang sama. Tak akan ada lagi panggilan anje. Abah dah boleh rehat dah bah. Abah dah boleh tidur lena dah bah. Sakit abah semua dah hilang. Abah dah sihat dah dekat sana,” tulisnya lagi.

Perkongsian itu kemudiannya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen mengenai individu bergelar ‘Abah’ yang dikongsikan Azar.

Untuk rekod, Azar merupakan yatim piatu selepas kehilangan ibunya Arbaayah Othman pada 2015 sementara bapanya, Azmi Mohd Yusof pada 2017.

Sumber: Instagram Azar Azmi

Must-Watch Video

Advertisement