Skip to main content

Antarabangsa

Gagal Bayar Sewa, Lelaki Biar Isteri Dan Anak Dirogol Pemilik Rumah

Astrogempak Rogol

Sekilas

  • Seorang lelaki di Gujarat, India ditahan selepas didakwa menyerahkan isteri dan anak perempuannya kepada tuan rumah sebagai ganti tunggakan sewa rumah.
  • Keluarga tersebut berpindah ke Morbi dan gagal membayar sewa selama empat bulan sebelum perjanjian tersebut dibuat.
  • Polis membuka siasatan di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO) dan menahan bapa mangsa serta tuan rumah, manakala seorang suspek lain masih diburu.

Seorang lelaki di Gujarat, India ditahan selepas didakwa menyerahkan isteri dan anak perempuan bawah umurnya kepada tuan rumah sebagai balasan kerana gagal melunaskan tunggakan sewa rumah.

Menurut polis, keluarga itu yang berasal dari Surendranagar berpindah ke daerah Morbi kira-kira enam bulan lalu bagi mencari penempatan dan kerja baharu.

Mereka menyewa sebuah rumah dengan kadar sewa bulanan 2,000 rupee (RM82), namun berdepan kesulitan kewangan sehingga gagal membayar tunggakan selama empat bulan.

Polis mendakwa lelaki tersebut kemudian membuat perjanjian dengan tuan rumah dengan membenarkan isteri serta anak perempuannya menjadi mangsa rogol sebagai ganti bayaran sewa tertunggak.

Kejadian itu terbongkar selepas ibu kepada wanita terbabit mengetahui mengenai perbuatan tersebut sebelum membuat laporan polis di Morbi.

Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah beberapa peruntukan undang-undang termasuk Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO).

Bapa mangsa dan tuan rumah berkenaan kemudian ditahan pihak berkuasa.

“Tindakan penderaan seksual itu dirancang oleh bapa kanak-kanak terbabit bersama tuan rumah,” kata Timbalan Penguasa Polis, JM Lal.

Polis turut memburu seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam jenayah tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Must Watch Video

Advertisement