Skip to main content

Selebriti

Lakonan Dibandingkan Dengan Hariz Hamdan & Jazmy Juma, Aiman Ameer Komen - “Dua-Dua Ada Bakat Tersendiri, Mereka Pun Baik…”

Aiman Ameer lakonan

Sekilas

  • Aiman Ameer berharap tiada lagi perbandingan antara dirinya dengan pelakon lain.
  • Ameer juga percaya pada rezeki dan meminta doa baik daripada peminat serta berharap semua perkara diserahkan kepada Allah.

Pelakon, Aiman Ameer berharap agar tiada lagi isu perbandingan antara dirinya dan rakan artis lain susulan pujian yang diterimanya di media sosial.

Menerusi hantaran di platform Threads, Ameer berkata dia terharu dengan sokongan yang diberikan oleh penonton, namun pada masa sama menegaskan setiap pelakon mempunyai kelebihan tersendiri.

“Terima kasih pada yang support saya, tapi Jazmy Juma dan Hariz Hamdan dua dua ada bakat mereka tersendiri dan hensem mereka tersendiri,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ameer juga menyatakan dirinya percaya pada rezeki dan berharap diberikan doa yang baik-baik.

“Dia orang pun baik sangat time shoot sekali, jangan compare okay, insya-Allah, doakan yang baik-baik ya buat saya and lets leave the rest to Allah,” ujarnya.

Terdahulu, seorang individu memuji bakat lakonan dan juga rupa paras Ameer yang dikatakan sesuai untuk berlakon sebagai seorang hero.

Tidak cukup dengan itu, individu tersebut juga turut membuat perbandingan antara Ameer bersama dua lagi pelakon iaitu Hariz Hamdan dan Jazmy Juma di platform Threads.

“Weh korang si Aiman Ameer tu berlakon bagus gila kot gila gila punya lakonan time dia berlakon dekat Cikgu Hiragi tu.

“Asal tak ada orang nak ambil dia jadi pelakon watak utama eh, hero ke, dia handsome gila kot, lagi handsome dari Jazmy Juma, Hariz Hamdan tu pelakon pelakon baru.

“Sorry tapi fakta dia boleh pergi jauh kot, handsome macam ni berlakon pun tak kayu, asal tak ada orang ambil dia. Please, nak dia jadi watak hero,” tulis individu terbabit.

Sumber: Threads @aimanameer

Anda mungkin berminat dengan

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement