Skip to main content

Hiburan

Lagu Raya Dayang Nurfaizah ‘Senyum Gugur Di Penghujung Doa’ Sentuh Jiwa, Buat Ramai Kenang Insan Tersayang

Dayang Nurfaizah

Setiap kali menjelang Aidilfitri, kebiasaannya lagu-lagu raya hadir dengan irama ceria yang menggambarkan kegembiraan pulang ke kampung dan berkumpul bersama keluarga tercinta.

Namun, tidak untuk lagu Senyum Gugur di Penghujung Doa, nyanyian Dayang Nurfaizah yang berjaya meninggalkan kesan mendalam kepada sesiapa sahaja yang pernah merasai kehilangan insan tersayang.

Karya ciptaan komposer, Hael Husaini bersama Iqie Hugh itu bukan sekadar sebuah lagu raya biasa. Ia hadir dengan melodi yang lembut dan lirik yang sarat makna, seolah-olah memeluk hati yang sedang menanggung rindu.

Alunan muziknya perlahan tetapi mendalam, membawa pendengar mengimbau kenangan bersama mereka yang pernah mengisi ruang hidup, namun kini hanya tinggal dalam doa dan ingatan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan perasaan rindu terhadap mereka yang telah pergi dan ada juga yang tidak berhenti menangis tatkala mendengar lagu tersebut.

“Allahuakbar…. Tak berhenti nangis dengar lagu ni… Alfatihah Abah.. akak rindu abah 

“Semoga kita bertemu di syurga nanti ya, Bapak dan Ibuku. 

“Rindunya arwah abah Sedih betul la lagu raya kali ni, btul ii ingt org yg dah takde. 

“Thanks bang sbb dh buat lagu ni, terubat sikit rse rindu ni. Al-Fatihah Rindu yg tiada penghujung… Dalam masa 10 tahun kehilangan 5 orang tersayang… Bukan senang utk reda kerana kehilangan orang tersayang itu amat menyakitkan.

“Teringat arwah abah dgn arwah emak..mereka meninggal tahun 2004 umur saya 5tahun masa tu..ngis terus ehh rindu dh lebih 22tahun x beraya bersama hmm 

“Thank you for writing this beautiful song,” komen netizen. 

Anda mungkin berminat dengan

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Must-Watch Video

Advertisement