Skip to main content

Hollywood

KPop Demon Hunters Bawa Pulang 2 Anugerah Utama di Golden Globe 2026

huntrix

Sekilas

  • KPop Demon Hunters menang Filem Animasi Terbaik dan lagu Golden raih Lagu Asli Terbaik di Golden Globe 2026.
  • Animasi ini mengisahkan kumpulan muzik wanita Huntr/x yang guna muzik untuk lawan kejahatan dan sudah meraih banyak anugerah sejak Jun lalu.
  • Pengarah Maggie Kang dan Chris Appelhans anggap filem ini sebagai penghormatan kepada muzik dan kekuatan wanita, manakala pencipta lagu Golden, Ejae, dedikasikan kemenangan ini kepada mereka yang pernah ditolak.

Seperti sudah dijangka, animasi mega hit KPop Demon Hunters yang ditayangkan di Netflix membawa pulang beberapa kemenangan dalam kategori utama di Golden Globe 2026 yang berlangsung di Beverly Hilton, pada Ahad.

KPop Demon Hunters diiktiraf sebagai Filem Animasi Terbaik (Best Animated Motion Picture)  sementara Golden diangkat sebagai Lagu Asli Terbaik (Best Original Song – Motion Picture), lapor BBC.

Animasi tersebut berkisah tentang kumpulan muzik wanita, Huntr/x menggunakan muzik untuk menentang kejahatan sebelum ini telah merajai banyak carta dan meraih pelbagai anugerah sejak ditayangkan pada Jun lalu.

“Menerusi filem ini, saya benar-benar mahu menonjolkan karakter wanita yang kuat,” ujar pengarahnya, Maggie Kang.

Pengarah bersama, Chris Appelhans yang menerima anugerah tersebut bersama Kang menyifatkan KPop Demon Hunters sebagai ‘surat cinta untuk muzik’.

“Kuasa (muzik) telah menyatukan kita dan memperlihatkan betapa manusia masij memiliki empati yang tinggi,” katanya.

Buat penulis dan penyanyi Ejae yang mencipta dan mempersembahkan Golden, penganugerahan tersebut membayar jerih perih dan kekecewaannya yang gagal menjadi bintang K Pop sebelum ini.

“Anugerah ini saya dedikasi kepada anda yang pernah ditolak. Percayalah kita tidak pernah terlewat untuk bersinar apabila tepat waktu,” katanya yang mengambil trofi kemenangan bersama Mark Sonnenblick dan Lee Hee-joon.

Must-Watch Video

Advertisement