Skip to main content

Selebriti

KPM Umum Cuti Tambahan 18 Mac Sempena Sambutan Aidilfitri

Cuti tambahan

Sekilas

  • Kementerian Pendidikan mengumumkan cuti tambahan pada 18 Mac untuk semua sekolah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
  • Sekolah Kumpulan A akan mendapat cuti tambahan pada 19 Mac, manakala Kumpulan B pula pada 19 dan 20 Mac 2026.
  • Langkah ini bertujuan memberi ruang kepada guru, murid dan ibu bapa membuat persiapan Aidilfitri dengan lebih teratur dan menitikberatkan kesejahteraan mereka.

Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan pemberian satu hari cuti tambahan pada 18 Mac ini kepada semua sekolah di seluruh negara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata pemberian cuti tambahan itu bertujuan memberi ruang kepada warga guru, murid serta ibu bapa membuat persiapan sewajarnya bagi menyambut Aidilfitri.

Beliau berkata berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2026, sekolah dalam Kumpulan A telah diperuntukkan satu hari cuti tambahan pada 19 Mac 2026 (Khamis).

“Bagi sekolah dalam Kumpulan B pula, dua hari cuti tambahan diperuntukkan iaitu pada 19 dan 20 Mac 2026 (Khamis dan Jumaat),” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tambahan cuti tersebut diharapkan dapat memberi ruang mencukupi kepada warga pendidikan membuat persiapan menyambut Aidilfitri dalam suasana lebih teratur.

Fadhlina berkata langkah itu juga selari dengan hasrat KPM untuk terus memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan guru, murid dan ibu bapa.

Sumber: AWANI

Anda mungkin berminat dengan

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Must-Watch Video

Advertisement