Skip to main content

Konsert

Konsert KITA - Suara Anti Buli 2025, Bakar Semangat Rakyat Malaysia, Bangkit Bersuara

Konsert KITA - Suara Anti Buli 2025, Bakar Semangat Rakyat Malaysia, Bangkit Bersuara

“Setiap kali kita diam, buli menang,” Itulah mesej utama di sebalik Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025 iaitu sebuah persembahan istimewa anjuran Nusavue (www.nusavue.my).

Konsert ini menghimpunkan suara-suara hebat
tanah air bagi menyemarakkan keberanian, kasih sayang dan perpaduan dalam menentang budaya buli di semua peringkat masyarakat.

Advertisement

Lebih daripada sekadar hiburan, Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025 menjadikan muzik sebagai medium perubahan sosial.

Menurut wakil Nusavue yang juga merupakan penganjur Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025, melalui gabungan persembahan berimpak tinggi, mesej berinspirasi dan pengisian interaktif,
konsert ini memberi fokus untuk membangkitkan kesedaran, keyakinan diri dan empati dalam
kalangan Masyarakat khususnya pelajar, keluarga dan komuniti.

“Buli bukan sekadar masalah sekolah tetapi ia juga cerminan masyarakat. Kita mahu rakyat
Malaysia bangkit bersama dan bersuara,” ujarnya.

Melalui Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025, Nusavue menyeru rakyat Malaysia untuk menyedari bahawa menentang buli bermakna menentang kezaliman dalam apa jua bentuk sama ada di rumah, di sekolah, mahupun di dunia luar. Inilah semangat ‘KITA’
suara yang melindungi, bukan menindas.

Konsert ini akan berlangsung pada 7 Disember 2025 (Ahad), jam 8.00 malam di Zepp Kuala Lumpur, menampilkan barisan artis tempatan terkenal dari pelbagai genre bersatu di bawah satu misi, ‘Berani Bersuara, Bersama KITA.’

Konsert ini bakal menampilkan persembahan luar biasa daripada barisan artis tersohor tanah air di bawah panji Suara Anti Buli, termasuk Datuk Ramli Sarip x Cradle Band, Alpha, Bella Astillah, Nadeera, Wani Kayrie dan Liza Aziz sebagai undangan khas.

Gabungan nama-nama ini melambangkan perpaduan rentas generasi dan genre, membuktikan bahawa seni mampu menjadi jambatan untuk menyatukan rakyat Malaysia dalam perjuangan menentang buli.

Inisiatif ini turut disokong oleh pelbagai rakan strategik, penaja dan organisasi CSR yang
berkongsi semangat ‘Suara Anti Buli’ iaitu:

* Penganjur: Nusavue (www.nusavue.my)
* Rakan Penaja: (Akan diumumkan)
* Rakan CSR: Yayasan Ikhlas, Fakulti Komunikasi & Pengajian Media UiTM Shah
Alam, SULAM (Service Learning Malaysia-University for Society): DOKPANIC
Special Edition
* Rakan Media Digital: Gempak
* Rakan Strategik: AQA, Right Balance Private, La Denta
* Rakan Podcast: Mic Bocor
Tiket Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025 boleh didapati bermula 14 Oktober 2025 melalui:
* www.myticketempire.com (Ticket Empire)
* www.nusavue.my

Persembahan ini dijangka mendapat sambutan menggalakkan, maka pembelian awal amat
disarankan bagi memastikan tempat anda terjamin

Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025 bukan sekadar acara muzik, tetapi gerakan nasional
untuk membina keberanian dan empati.

Ia menyeru setiap individu untuk tidak berdiam diri
terhadap ketidakadilan, serta memperkukuh semangat kasih sayang dan hormat-menghormati dalam komuniti.

Melalui kekuatan seni dan suara, KITA membawa mesej bahawa perubahan bermula apabila kita berani bersuara.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement