Pelakon Aedy Ashraf berkongsi video ‘POV’ ketika menghadiri dan menjadi penyampai anugerah di malam kemuncak Festival Filem Malaysia (FFM) 34.
Advertisement
Menerusi video yang dikongsikan, Aedy mengakui dia berasa gementar untuk menyampaikan anugerah memandangkan ia merupakan pengalaman pertamanya.
“Keadaan agak messy backstage, semua tengah kanchong. Biasalah event besar kan. Tapi saya hanya berharap saya boleh lakukan lebih baik. FFM kot!
“Sebenarnya, aku tengah nervous gila. Pertama kali menjadi penyampai anugerah, dengar macam mudah kan, tapi untuk orang yang ada stage fright macam aku, memang tak kelakar,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama, Aedy memberitahu dia menjadi lebih gementar disebabkan tidak hadir untuk sesi latihan penuh FFM.
“Jadi sehari sebelum full dress rehearsal, tapi aku tak dapat datang. Jadi memang bertambah gementar.
“Lepas itu, susunan belakang pentas yang agak serabut ini buat aku lagi la menggigil,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon filem Kahar: Kapla High Council ini turut mengucapkan tahniah buat rakan gandingannya iaitu Amir Ahnaf yang memenangi anugerah Pelakon Harapan Terbaik.
“The highlight of the night! A well deserved win! The Rockstar! And a legend in the making. Proud!” katanya.
