Skip to main content

Hiburan

Kongsi Luahan Peribadi, Kamal Adli Mahu Jaga Batas Sepanjang Tempoh Iddah Wanita - “Yang Ada Cuma Anak Saja…”

Kamal Adli

Perkongsian pelakon Kamal Adli mengenai tempoh Iddah untuk wanita lepas bercerai mengundang pelbagai reaksi wargamaya. 

Menerusi perkongsian itu, Kamal berkata biarpun hanya wanita saja perlu menjalani tempoh tersebut namun sebagai lelaki, dia juga mahu menjaga pergaulan sepanjang waktu tersebut.

“Dalam tempoh sekarang ni memang kena jaga semua benda kan? Walaupun dalam kerja kan? 

“Even satu side dalam iddah, sehabis baik menjaga semua. Buat lawak, buat happy tak cuba nak rapat dengan mana-mana perempuan even bukan waktu kerja,” katanya. 

Menurut Kamal lagi, ketika ini fokus utamanya hanyalah kepada anak dan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Dalam masa sama, Kamal turut menzahirkan penghargaan kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

“Yang ada cuma anak ja dan bukan nak gedik di mana-mana tempat. Pendam ni sakit juga ya. 

“Rakyat terima kasih sebab selalu teman saya, Allah bless semua orang. Saya sumpah korang semua kaya raya dan bahagia. I just love Hawra so much,” tambahnya.



Terdahulu, Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari 2026. 

Lafaz cerai dibuat oleh Kamal di hadapan Hakim Syarie Siti Noraini Mohd Ali selepas permohonan yang difailkan Uqasha pada 1 Oktober 2025.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha bernikah pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. 

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Hawra Uqaira. 

Anda mungkin berminat dengan

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must-Watch Video

Advertisement