Sekilas
- Mawar Rashid berkongsi gambar bersama seorang jejaka memakai busana raya sedondon di Instagram, menandakan raya tahun ini lebih istimewa berpasangan.
- Identiti jejaka tersebut masih menjadi misteri kerana wajahnya ditutup dengan emoji beruang dalam gambar tersebut.
- Mawar pernah berkahwin dengan Raf Yaakob dan mempunyai tiga anak, namun mereka bercerai pada November 2023.
Pelakon, Mawar Rashid menyorot perhatian apabila seakan memberi bayangan dirinya tidak lagi akan beraya secara solo Aidilfitri ini.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Mawar dilihat memuat naik gambar dirinya bersama seorang jejaka sambil sedondon mengenakan busana raya.
“Saya rasa raya saya tahun ini sedikit istimewa kerana berpasangan sedondon,” tulisnya ringkas.
Walau bagaimanapun, identiti jejaka itu kekal misteri apabila Mawar memilih untuk menutup raut wajahnya dengan menggunakan emoji beruang.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berteka-teki mengenai identiti jejaka pilihan Mawar itu.
Untuk rekod, Mawar pernah mendirikan rumah tangga bersama pempengaruh dan usahawan, Raf Yaakob pada tahun 2017 walau bagaimanapun perkahwinan mereka tidak berkekalan apabila sah bercerai pada November 2023.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 6, Raden Seri Rosabella Cinta, 4, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 2 tahun.
Sumber: Instagram