Skip to main content

Hiburan

Kisah Bawah Tanah Papar Sisi Kelakar Dunia ‘Jerangkong’, Gabung Mitos & Humor Gen-Z

Astro Gempak 256

Sekilas

  • Siri animasi Kisah Bawah Tanah gabungkan elemen seram, cerita rakyat Asia Tenggara dan humor Gen-Z dalam satu naskhah penuh warna.
  • Ikuti pengembaraan dua sahabat, Zack dan Sam, yang jelajah dunia bawah tanah dengan pelbagai makhluk legenda dan sindiran realiti kehidupan.
  • Siri ini akan ditayangkan mulai 9 Mac 2026, setiap Isnin & Selasa jam 7 malam di Astro Prima, Astro One, dan sooka.

Sebuah siri animasi komedi terbaharu tampil dengan pendekatan berbeza menerusi Kisah Bawah Tanah yang menggabungkan elemen seram, cerita rakyat Asia Tenggara dan humor Gen-Z dalam satu naskhah penuh warna.

Menampilkan jalan cerita unik, siri ini menyelami fasa ketakutan melangkah ke alam dewasa yang disamakan dengan kegerunan dunia bawah tanah, dihiasi watak-watak eksklusif dan berkarakter kuat.

Kisah Bawah Tanah mengikuti pengembaraan dua sahabat baik, Zack dan Sam, dua ‘jerangkong hidup’ yang menjelajah dunia bawah tanah dalam misi penuh kejutan dan kekecohan.

Setiap episod membuka pintu kepada pelbagai makhluk legenda serta misteri pelik yang mengundang gelak tawa, namun dalam masa sama menyelitkan sindiran realiti kehidupan.

Lebih menarik, siri ini bukan sahaja menampilkan ‘hantu’ dan makhluk aneh, malah menyindir perkara yang dikatakan lebih menakutkan daripada entiti ghaib, kerja dan bos yang garang.

Dengan gabungan seram santai dan humor segar, Kisah Bawah Tanah menjanjikan pengalaman tontonan luar biasa buat penonton yang ingin mencari ‘hantu’ kegemaran mereka.

Jangan lupa saksikan, bermula 9 Mac 2026, setiap Isnin & Selasa, jam 7 malam di Astro Prima, Astro One, dan sooka. 

Anda mungkin berminat dengan

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Must-Watch Video

Advertisement