Skip to main content

Viral

Kini Tersohor, Reza Rahadian Pernah Jadi Tukang Potong Rumput

Reza Rahadian

Reza Rahadian barangkali satu nama besar dalam industri perfileman Nusantara berkat bakat luar biasanya.

Namun bintang Indonesia ini juga pernah hidup susah sebelum menikmati hidup yang lebih baik hasil pekerjaan sebagai selebriti.

Advertisement

Menerusi satu temu bual bersama podcast di YouTube The Maple Media, Reza mendedahkan pernah menjadi tukang potong rumput sewaktu kecil demi membantu keluarga.

Walaupun pekerjaan tersebut dilakukan secara suka-suka namun Reza bahagia kerana duit yang diperoleh hasil bekerja memotong rumput di kawasan kejiranan dapat membantu masalah ekonomi yang dihadapi ibunya.

“Saya dulu kan berdua sahaja sama ibu jadi kami pernah terkena impak krisis ekonomi pada tahun 1998.

“Oleh kerana saya masih kecil dan tidak boleh bekerja jadi saya membuat inisiatif sendiri.

“Sambil berbasikal saya tanya jiran jika ada yang nak potong rumput. Saya lakukan suka-suka untuk membantu pendapatan ibu.

“Ternyata ada dan selepas satu rumah ke satu rumah akhirnya hampir satu kawasan kejiranan saya potong rumput mereka,” dedah Reza seperti dilaporkan Kompas.

Bintang  Habibie dan Ainun itu memberitahu dia masih ingat menerima upah yang duitnya diberikan kepada ibu untuk perbelanjaan hidup.

“Satu servis saya diupah Rp25 (RM6.35 sen). Kesemuanya saya beri kepada ibu untuk tampung perbelanjaan harian kami,” katanya lagi.

Must-Watch Video

Advertisement