Skip to main content

Selebriti

Kereta Mewah, 727 Barangan Peribadi Milik Vida Bakal Dilelong

Kereta Mewah, 727 Barangan Peribadi Milik Vida Bakal Dilelong

Selepas tertangguh sejak Disember tahun lalu, proses lelongan kereta mewah dan 727 barangan peribadi milik usahawan sensasi, Datuk Seri Vida bakal dilakukan pada 30 Oktober ini.

Menerusi notis perisytiharan jualan lelong yang disiarkan dalam ruang iklan sebuah akhbar berbahasa Inggeri tempatan hari ini, jualan berkenaan dilakukan oleh pemiutang, AH Design Communication Sdn Bhd pada Vida.

Advertisement

Tindakan itu susulan kegagalan Vida membuat bayaran dengan jumlah sebenar yang tertunggak kepada syarikat subkontraktor AH Design Communication.

Selain gagal mencapai tawaran penyelesaian serta permohonan Vida agar proses lelongan ditangguhkan selama hampir setahun atas alasan barangan yang disita adalah barangan pinjaman.

Begitupun, mahkamah memutuskan sebaliknya apabila pihak Vida gagal mengemukakan bukti kukuh.

Terdahulu, dianggarkan 727 barangan milik Vida disita dalam proses yang berlangsung selama lima jam di banglo mewahnya di Ipoh itu pada 25 November tahun lalu.

Barangan itu disita selepas Vida gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada syarikat kontraktor pembinaan AH Design Communication sebanyak lebih RM1 juta pada 2018.

Selain empat buah kereta milik Vida antara barang yang disita seperti pembakar roti jenama Sharp, penapis air Coway, meja solek, peti sejuk dan lain-lain.

Acara lelong sepatutnya diadakan pada 9 Disember lalu, namun, ditangguhkan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Vida menangguhkan proses itu.

Sumber: BH Online menerusi Harian Metro

Must-Watch Video

Advertisement