Skip to main content

Hiburan

“Kenangan Bionik Dengan Awak Akan Saya Kenang…” - Kamal Adli Mohon Doa Buat Arwah Along Eyzendy

Kamal Adli

Sekilas

  • Kamal Adli berkongsi ucapan takziah dan memohon doa untuk Allahyarham Along Eyzendy yang meninggal dunia baru-baru ini.
  • Along Eyzendy dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultan Idris Shah Serdang akibat pendarahan serius dalam perut selepas dimasukkan ke ICU.
  • Arwah sebelum ini mengalami demam dan batuk berpanjangan serta disyaki ada jangkitan pada stent saluran hempedu.

Pemergian pelakon Along Eyzendy turut memberi kesan kepada aktor Kamal Adli yang pernah bekerjasama dengan arwah menerusi siri berjudul Bionik. 

 

Menerusi perkongsian di Threads, Kamal memohon semua orang mendoakan Allahyarham Along selain akan simpan kenangan mereka bekerjasama buat selamanya. 

 

“Al-fatihah untuk Along Eyzendy. Mohon semua dapat sedekahkan Fatihah siapa saja yang terbaca posting saya ni. 

 

“Semoga arwah ditempatkan bersama orong-orang beriman dan diperluaskan liang lahadnya. Kenangan Bionik dengan awak akan saya kenang sampai bila-bila. Berehatlah sahabat,” kongsinya. 

 

Untuk info, Along Eyzendy dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor kira-kira pukul 12.16 pagi, Ahad.

 

Khabar duka itu disahkan oleh isterinya iaitu Hamidah Mohd Yatim yang memaklumkan Allahyarham meninggal dunia di sisi ahli keluarga.

 

Pada Khamis lalu, Along atau nama sebenarnya Mohd Eyzendy Mohd Aziz, 47, terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Terapi (ICU) akibat pendarahan serius dalam perut.

 

Sebelum itu arwah dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam dan batuk berpanjangan sebelum mengesyaki terdapat jangkitan pada stent di saluran hempedu.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Must-Watch Video

Advertisement