Personaliti media sosial, Jasmine Sopeah mencuri perhatian netizen apabila berkongsi berita gembira bahawa dirinya kini sudah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati yang dikenali sebagai Hafiz.
Perkara itu dikongsikan Jasmine sendiri menerusi satu hantaran di laman Threads pada Jumaat, yang memperlihatkan foto dirinya bersama suami.
Advertisement
Jasmine juga meluahkan rasa syukur kerana Hafiz mencintainya dan menerima anaknya sebagai insan baharu dalam kehidupan.
“Hafiz, thank you for loving me and my son as your own. Semoga kasih sayang awak untuk kami kekal selamanya, May our love last till Jannah. Aamiin. I’m beyond blessed to call you my husband,” tulisnya. 
Menjengah ke ruagan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan perkahwinan baharu Jasmine.
Malah ada yang mengatakan pasangan itu nampak begitu serasi bersama.
Sekadar info, Jasmin pernah mendirikan rumah tangga bersama pempengaruh Muhd Fakha pada Mei 2022. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Faleeq.
Namun pada 2024, pasangan ini membuat keputusan untuk bercerai.