Skip to main content

Hiburan

Keluarga Mentua Prince Syed Bebas Tahanan Polis, Teman Rapat Kongsi Keadaan Terkini – “Sedih Tengok Mak Ayah Dia Keluar Balai Nampak Penat…”

hjhi

Seorang wanita dipercayai teman rapat kepada isteri pempengaruh dan usahawan sensasi, Prince Syed, tampil berkongsi perkembangan terbaharu mengenai kes melibatkan keluarga Fatin Syazwani.

Menerusi perkongsian di platform Thread yang menggunakan nama @mahdalinahdamsir, wanita berkenaan memaklumkan bahawa keluarga Fatin yang sebelum ini direman polis telah dibebaskan pada jam 7 malam tadi.

Advertisement

“Parents Fatin, abang dia dan adik dia dah dibebaskan pukul 7 sebentar tadi, alhamdulillah. Apa-apa pun kita tunggu kenyataan rasmi daripada keluarga Fatin sendiri. Katanya kejap lagi adik dia akan buat siaran langsung di TikTok,” tulisnya.

Menurutnya lagi, keadaan keluarga Fatin yang dilihat keluar dari balai polis cukup menyentuh hati apabila mereka kelihatan penat dan letih selepas melalui tempoh tahanan.

we

“Sedih tengok muka mak dan ayah dia keluar balai tadi, nampak penat dan letih. Entah apa yang mak dia fikir waktu di dalam tahanan malam tadi. Ibu mana yang tidak sedih melihat anak dan menantu terlibat dalam kemelut sebegini,” katanya.

Sebelum ini, ibu mentua kepada Prince Syed mendakwa menantunya itu telah melarikan anak perempuannya dan menghalang keluarga daripada berjumpa.

Dalam satu video lain yang turut tular, wanita terbabit mendakwa anaknya kini dalam keadaan tidak sihat selepas menjalani prosedur bariatrik (pembedahan perut) yang dikatakan dilakukan atas desakan menantunya.

Sementara itu, hantaran lain di media sosial turut mendakwa Fatin mengalami komplikasi kesihatan serius termasuk dehidrasi teruk dan hampir lumpuh sebelum dibawa ke Hospital UiTM Puncak Alam.

Bagaimanapun, Prince Syed menafikan semua tuduhan berkenaan dan isterinya sendiri, Fatin Syazwani, tampil menjelaskan bahawa suaminya tidak pernah memaksanya menjalani prosedur tersebut semata-mata untuk menjual produk pelangsingan seperti yang tersebar di media sosial.

 

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement