Skip to main content

Viral

"Keluarga Mentua Dari Dulu Lagi Minta Kami Bercerai, Saya Pun Tak Tahu Kenapa" - Prince Syed

princesyed_cerai

Pempengaruh dan usahawan sensasi Prince Syed tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku antara dirinya dan keluarga mentua, susulan dakwaan bahawa dia mengongkong dan menghalang isterinya daripada berhubung dengan keluarga.

Menurutnya, sejak awal perkahwinan, dia sentiasa memastikan hubungan isterinya dengan keluarga berada dalam keadaan baik, termasuk berulang-alik dari Klang ke Gerik, Perak, hampir setiap minggu semata mata memberi ruang isterinya, Fatin Syazwani meluangkan masa bersama keluarga.

“Saya tak pernah larang Fatin berhubung dengan keluarganya. Hampir setiap minggu saya balik Gerik, tinggal di rumah keluarga dia. Saya siap pesan pada Fatin, jangan lupa bagi duit api, air dan gas. Semua itu saya serahkan pada dia,” katanya.

Advertisement

Bagaimanapun, Prince Syed mendakwa dirinya sering menjadi mangsa salah faham dan fitnah keluarga mentua, malah pernah diminta untuk menceraikan isterinya sejak awal walaupun hubungan mereka tidak pernah mengalami masalah besar.

“Kami kalau berselisih faham, malam mesti akan duduk berdua dan saling minta maaf. Perselisihan kecil itu biasa. Tapi keluarga mentua dari dulu minta kami bercerai. Saya pun tak tahu kenapa,” ujarnya.

Prince Syed turut menafikan dakwaan bahawa dirinya mengawal cara pemakaian dan kehidupan isterinya.

Katanya, banyak keputusan dibuat bersama termasuk pilihan pakaian, malah penggunaan kasut tumit tinggi datang daripada kehendak Kak Fatin sendiri.

“Orang ingat saya suruh dia pakai itu ini. Sebenarnya tidak. Dia rasa lebih yakin bila pakai tumit tinggi sebab takut orang kutuk badan dia. Beli baju pun kami bincang sama sama,” jelasnya.

Hubungan dengan keluarga mentua dikatakan mula keruh selepas kelahiran anak pertama.

Menurut Prince Syed, rancangan untuk membuat kejutan ketika berpantang di kampung bertukar menjadi salah faham besar yang kemudian mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap dirinya.

"Kami rancang nak buat kejutan bawa cucu pulang ke kampung. Tapi bila sampai, mereka salah faham dan anggap saya tak menghormati keluarga. Sejak itu bermulalah pelbagai fitnah terhadap saya," katanya.

Suasana turut tegang ketika Aidiladha, sehingga ada pihak menyatakan kesal mengahwinkan Fatin dengannya kerana tinggal jauh.

"Saya datang bersama keluarga saya, tapi suasana jadi tegang. Saya sendiri pun tak tahu punca sebenar.

"Ada yang kata menyesal kahwinkan Fatin dengan saya sebab saya tinggal jauh. Mereka lupa saya bekerja, mencari rezeki, bukan bersuka-suka. Tapi saya tetap diam, saya tak pernah melawan.

"Lama-kelamaan saya sendiri tertekan. Sekarang doktor sahkan saya alami anxiety yang teruk, tapi saya tetap cuba tenang," tambahnya lagi.

Terdahulu, tular di laman sosial video seorang wanita mendakwa dirinya ibu mentua Prince Syed ke sebuah rumah dan memaklumkan menantunya lari dan menghalang anak serta cucu berjumpa dengannya.

Dalam video sama, wanita berkenaan turut mendakwa Prince Syed berkahwin dengan Fatin Syazwani untuk menjadikan wanita itu tikus makmal dengan memaksa menjalani pembedahan bariatrik bagi menjual produk pelangsingan badan.

Prince Syed bagaimanapun tampil menjelaskan situasi sebenar dan menafikan dakwaan berkenaan. Tindakan isterinya untuk melakukan bariatrik disebabkan tekanan body shaming yang diterimanya di media sosial saban waktu.

Must-Watch Video

Advertisement