Meskipun sedang berdepan kemelut rumah tangga, penyanyi popular Indonesia, Raisa tetap tampil memukau di pentas ASEAN Business and Investment Summit (ABIS) 2025 yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
Raisa memikat hati tetamu korporat dan delegasi antarabangsa dengan persembahan penuh emosi menerusi dua lagu hitsnya, Serba Salah, Kali Kedua dan I Turn To You duet bersama All 4 One.
Advertisement
Pelantun lagu Terserah itu tampak anggun dalam busana berwarna merah jambu.
Sebelum ke Malaysia, Raisa juga sempat membuat penampilan istimewa di konsert Babyface Live in Jakarta, memperlihatkan komitmen padu terhadap kerjayanya walaupun sedang melalui detik peribadi yang mencabar.
Terdahulu, Raisa mengesahkan bahawa dia telah memfailkan perceraian terhadap suaminya Hamish Daud.
Raisa juga memohon agar ruang privasinya dihormati demi kesejahteraan anak mereka, Zalina Raine Wyllie.
Hantaran tersebut menerima ribuan komen daripada peminat dan rakan artis yang mendoakan agar Raisa terus kuat serta diberi ketenangan dalam menempuh fasa baharu kehidupannya.
Sebagai rekod, Raisa dan Hamish mendirikan rumah tangga pada 3 September 2017 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.