Skip to main content

Hiburan

Kehilangan Mayat Atuk Masih Jadi Misteri, Wan Daud Persoal Kewujudan ‘Organisasi Bayangan’

Wan Daud

Sekilas

  • Wan Daud mendakwa kehilangan mayat datuknya berkait dengan organisasi bayangan yang sudah wujud beratus tahun lalu dan menyimpan rahsia sejarah Nusantara.
  • Beliau kaitkan teori itu dengan kejatuhan empayar Kedah Tua dan Kesultanan Melaka yang bukan sahaja disebabkan kuasa luar, tetapi juga sabotaj dalaman oleh kumpulan yang dipanggil ‘Tangan Ghaib’.
  • Wan Daud percaya kumpulan ini mengganggu kestabilan negara dengan mensabotaj tiga elemen utama iaitu pemerintah, penguat kuasa dan rakyat, dan akan dedahkan identiti mereka dalam episod seterusnya.

Individu yang dikenali sebagai Wan Daud sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas mendakwa misteri kehilangan mayat datuknya mempunyai kaitan dengan satu organisasi bayangan yang dikatakan sudah wujud sejak ratusan tahun lalu.

Menurutnya menerusi video episod 3, rahsia tersebut sebenarnya telah lama tersimpan dalam catatan milik datuknya, yang didakwa mengandungi pelbagai maklumat berkaitan sejarah lama Nusantara.

“Aku yakin yang mereka ini ada kaitan dengan kehilangan mayat atuk aku. Dalam episod kali ini aku akan bongkarkan rahsia yang sudah disimpan bertahun lamanya,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Wan Daud turut mengaitkan teorinya dengan sejarah kewujudan Kedah Tua, yang merupakan antara empayar terawal di rantau ini.

Menurutnya, empayar tersebut telah wujud sekitar kurun ke-2 Masihi hingga kurun ke-14 Masihi, sebelum akhirnya lenyap selepas beberapa siri penaklukan oleh kuasa luar seperti Empayar Chola dan Siam.

Namun Wan Daud mendakwa kejatuhan empayar tersebut bukan semata-mata disebabkan oleh kuasa luar.

“Setiap kali satu empayar naik, akan ada musuh yang cuba jatuhkan dari dalam. Bukan tentera, bukan kuasa asing, tetapi sesuatu yang bergerak secara senyap, macam bayang-bayang,” jelasnya.

Wan Daud turut mendakwa corak yang sama dapat dilihat dalam beberapa peristiwa sejarah lain termasuk kejatuhan Kesultanan Melaka.

Jelas Wan Daud, berdasarkan nota yang ditinggalkan datuknya, kejatuhan Melaka bukan sekadar disebabkan kekuatan Portugis, tetapi juga berpunca daripada sabotaj dalaman.

“Orang yang sama, tangan yang sama, bayang-bayang yang sama,” katanya lagi. 

Tambah Wan Daud lagi, kumpulan yang digelarnya sebagai ‘Tangan Ghaib’ didakwa sering muncul dalam pelbagai insiden yang menggugat kestabilan negara.

Menurutnya, strategi kumpulan tersebut adalah dengan mengganggu tiga elemen utama yang digelarnya sebagai Segitiga Kuasa, iaitu pemerintah, penguat kuasa dan rakyat.

“Bila tiga tiang ini runtuh, maka bermulalah kekacauan besar. Aku buat semua siasatan ini sebab aku nak cari siapa yang curi mayat atuk aku. Dalam episod seterusnya aku akan tunjuk dan rungkaikan siapa sebenarnya tangan ghaib di sebalik semua ini,” tambahnya. 

Wan Daud juga mendakwa konflik tersebut sebenarnya telah berlaku sejak lebih 700 tahun lalu, namun bergerak secara tersembunyi tanpa disedari ramai.

Walaupun identiti kumpulan tersebut masih tidak diketahui, Wan Daud percaya kesan kewujudan mereka dapat dilihat dalam pelbagai insiden pemberontakan dan huru-hara sepanjang sejarah.

Anda mungkin berminat dengan

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Must-Watch Video

Advertisement