Skip to main content

Hiburan

Kehidupan Dah Lengkap, Elisya Sandha Syukur Ada 2 Orang Anak Di Usia 26 Tahun - “Kadang-Kadang Macam-Macam Kita…”

Elisya Sandha

Sekilas

  • Pelakon Elisya Sandha bersyukur kerana pada usia 26 tahun sudah mempunyai dua cahaya mata.
  • Elisya berkongsi bahawa walaupun sibuk dan ada batasan, kehadiran anak-anak melengkapkan hidupnya.
  • Elisya berkahwin dengan Uzair Haqimy Azman pada 21 Ogos 2021 dan dikurniakan dua anak, Bunga Elhaq dan Bahtera Elhaq.

Pelakon Elisya Sandha meluahkan rasa syukur kerana pada usianya 26 tahun sudah dikurniakan dua orang cahaya mata. 

 

Menerusi perkongsian di Threads, adik kepada pelakon Fasha Sandha ini mengakui biarpun dia tidak sempat melakukan pelbagai aktiviti namun anak-anak sudah melengkapi hidupnya. 

 

“Macam tak percaya pada umur saya 26 tahun dah ada dua anak… sejujurnya saya dipenuhi rasa syukur. 

 

“Walaupun ada anak ni kadang-kadang macam-macam kita tak boleh nak buat (tu belum layan perangai anak lagi) tapi ada dia orang dalam hidup buat saya rasa lengkap.

 

“Syahdu mak mak mai dah,” kongsinya. 

 

Untuk rekod, Elisya berkahwin dengan anak sulung kepada penerbit Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy Azman pada 21 Ogos 2021. 

 

Mereka telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Bunga Elhaq dan Bahtera Elhaq.

Trip

Family Getaway di Lost World of Tambun!

Dapatkan tiket anda sekarang dan alami keseronokan penuh di Lost World of Tambun sambil bersantai di Hot Spring percuma. 
Beli Sini

Must-Watch Video

Advertisement