Skip to main content

Hiburan

Kecoh Bekas Suami Raisa Curang, Guna Pinterest Jalin Hubungan Bersama Chef

Raisa

Penyanyi jelita Raisa baru mengumumkan bercerai dengan suaminya, Hamish Daud pada 22 Oktober lalu selepas lapan tahun berkahwin.

Baik Raisa mahupun Hamish, keduanya tidak menyatakan punca perceraian mereka. Namun terdapat banyak spekulasi mengenai perceraian mereka termasuk Raisa didakwa sebagai isteri provider.

Advertisement

Terkini, sebuah akaun di platform X, @bisulpecahhh mendakwa punca Raisa meminta cerai daripada lelaki itu adalah kerana Hamish berlaku curang.

Menerusi perkongsian yang diberikan, akaun sama mendedahkan Hamish berlaku curang dengan menggunakan aplikasi Pinterest.

Netizen dikatakan telah menemukan beberapa bukti kecurangan Hamish bersama seorang wanita bernama Sabrina Alatas yang merupakan seorang chef, lapor InsertLive.

Kecurangan Hamish dihidu menerusi satu folder yang berlabel Future House. Folder tersebut dikongsi bersama Sabrina dan berisi kumpulan foto inspirasi dekorasi rumah.
Oleh yang demikian warganet mengesyaki ia sebagai rumah impian Hamish dan Sabrina.

Namun sebaik hal tersebut menjadi kecoh, folder itu telah ‘hilang’ daripada Pinterest, sekaligus membuat warganet semakin kuat mengatakan ia memang milik Hamish dan dia telah curang terhadap pelantun Peluang Kedua itu.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada kenyataan rasmi yang diberikan oleh Hamish, Sabrina mahupun Raisa mengenai andaian yang sedang hanga diperkatakan itu.

Terdahulu, Raisa dan Hamish memilih untuk ‘bersahabat’ selepas bercerai demi membesarkan anak mereka.

Must-Watch Video

Advertisement