Pelawak Achey meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak yang sanggup membuka akaun palsu hanya untuk melemparkan kecaman terhadap dirinya, malah turut melibatkan anak dan isterinya.
Menerusi sepotong video di TikTok, Achey berkata walaupun dirinya tidak kisah menjadi sasaran serangan netizen, namun dia tidak mampu menerima apabila anaknya turut dihina.
Advertisement
“Kalau nak serang saya, seranglah saya. Tapi bila anak dan isteri turut terpalit, saya rasa itu yang paling saya tak boleh tahan. Anak saya tak tahu apa-apa, dia tidak bersalah,” jelas Achey.
Achey turut menegaskan bahawa tuduhan kononnya dia menggunakan anak untuk mencari rezeki adalah tidak benar.
“Ya, memang selepas Tiara Candy meletup, nama anak saya dikenali. Tapi orang nampak ke saya paksa dia berniaga? Tidak. Saya sendiri yang berniaga. Kalau nak kata saya gunakan nama anak, memang betul saya gunakan nama dia, sama macam orang buka restoran guna nama anak. Itu sahaja. Bukan eksploitasi,” katanya.
Menurut Achey lagi, dia hanya mahu membesarkan anak dalam suasana penuh kasih sayang dan berkongsi momen kehidupan keluarga tanpa ada sebarang niat tersembunyi.
“Saya berkongsi sebab anak saya membesar setiap hari. Bila dia besar nanti, dia boleh tengok balik bagaimana mak ayah dia sayang dia. Itu sahaja. Janganlah seret anak kecil dalam kecaman. Kalau nak kecam, kecam saya seorang,” ujarnya.
@achey_kintangkintung sekadar perkongsian kisah kami lalui.. alhamdulillah sekarang ok je.. .. kisah kita tak sama.. di layar nampak hebat hasilnya tidak.. bila kita sedar di mana kita patut letakkan diri kita.. kita akan ok.. mungkin orang lain lebih hebat tapi kita tak tau periuk dia besar mana keraknya.. tu bahagian dia pulak kan?.. Allah dah susun.. korang jgn fikir aku mintak simpati pulak.. saja bercerita kisah perit aku sekeluarga je 2,3 tahun kebelakang.. sekarang ok alhamdulillah.. .. @KAK_ANNE @tiaracandy_official ♬ original sound - ACHEY KINTANG KINTUNG
Mengakhiri perkongsian, Achey menzahirkan rasa syukur dan menyerahkan segala urusan rezeki serta perjalanan hidup keluarganya kepada Allah.
“Cerita kehidupan ini kita berkongsi. Saya cerita pasal diri saya, bukan orang lain,” katanya.