Sekilas
- Pelakon Mimi Lana menarik perhatian netizen selepas berkongsi gambar bersama suaminya, Syafiq Kyle, dengan kapsyen 'Mum & dad' di satu pertunjukan fesyen mewah.
- Kapsyen tersebut mencetuskan spekulasi sama ada Mimi sedang hamil, dengan ramai peminat mendoakan yang terbaik dan berharap impian Mimi untuk memiliki anak kembar tercapai.
- Mimi dan Syafiq Kyle telah berkahwin pada 14 Februari 2025 di Taiping, Perak.
Pelakon, Mimi Lana menyorot perhatian netizen selepas berkongsi gambar bersama suaminya, Syafiq Kyle ketika menghadiri satu pertunjukan fesyen jenama mewah.
Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah kapsyen pelakon First Wives itu yang membahasakan dirinya dan Syafiq sebab ibu bapa.
“Mum & dad at @hermes The Summer 2026 Men’s Collection 🧡,” tulisnya ringkas.
Hantaran itu ternyata mencetuskan spekulasi dan membuatkan ramai tertanya-tanya sama ada ia sekadar gurauan atau satu ‘hint’ bahawa pelakon itu kini sedang berbadan dua.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mendoakan yang terbaik buat Mimi dan Syafiq.
Malah ada juga mendoakan agar impian Mimi atau nama lengkapnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin untuk memiliki anak kembar tercapai. 

Sekadar info, Mimi dan Syafiq Kyle selamat disatukan pada 14 Februari 2025 di sebuah ruang acara di Taiping, Perak.