Skip to main content

Hiburan

Kamal Adli Terlepas Sahur Hari Pertama Ramadan - “Sebelum Ini Selalu Dikejut…”

Astro Gempak 153

Sekilas

  • Pelakon Kamal Adli berkongsi pengalaman tidak sempat bersahur pada hari pertama Ramadan kerana terlepas bangun pagi.
  • Dia memohon maaf dan mengakui sebelum ini selalu dikejutkan untuk sahur, namun kali ini terpaksa menahan lapar sendiri.
  • Perkongsian Kamal mendapat perhatian warganet yang memberi kata-kata semangat, sementara Kamal baru sahaja bercerai dengan Uqasha Senrose pada Januari lalu.

Pelakon Kamal Adli berkongsi situasi yang dilaluinya pada hari pertama Ramadan apabila mengakui tidak sempat bersahur kerana terlepas bangun pagi.

Menerusi perkongsian di Threads, Kamal memaklumkan dia gagal bangun sahur selepas sebelum ini terbiasa dikejutkan.

“Maap shakap… Alarm tak bunyi atau alarm bunyi tapi alarm saya yang pergi sahur sendiri ke, yang penting saya tak sahur hari ni. Sorry tak berjaya kejut sahur.

“Parah rupanya seorang-seorang ni. Sebelum ni selalu dikejut. Hahaha… Selamat berpuasa semua. Saya puasa juga sama-sama okay. Hmm… Day one menahan geram,” tulisnya.

VDFBDF

Perkongsian tersebut meraih perhatian warganet yang rata-rata memberi kata-kata semangat selain mendoakan agar Ramadan kali ini tetap dipermudahkan buat pelakon itu.

Untuk rekod, Kamal dan pelakon Uqasha Senrose disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia setahun lapan bulan.

Anda mungkin berminat dengan

《Mega Deal》Cartoon Animal Insulated Lunch Bag Reusable Lunch Box Bag Thermal Bag Suitable For Adults Children

《Mega Deal》Cartoon Animal Insulated Lunch Bag Reusable Lunch Box Bag Thermal Bag Suitable For Adults Children

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

Torriden Dive-In Soothing Cream

Torriden Dive-In Soothing Cream

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Must-Watch Video

Advertisement