Skip to main content

Hiburan

Kamal Adli Tak Kisah Gambar Lama Dikongsi Semula - “Itu Satu Kenangan, Tak Ada Isu Pun”

Kamal Adli

Sekilas

  • Kamal Adli tidak kisah jika gambar lamanya dikongsi semula di media sosial kerana ia hanya kenangan lama tanpa menimbulkan isu.
  • Beliau menegaskan tidak menyokong tindakan yang dilakukan secara diam-diam tanpa pengetahuan orang lain kerana ia dianggap dosa.
  • Kamal semakin aktif memuat naik ciapan di aplikasi Threads dan ramai netizen turut berkongsi gambar lamanya sebagai kenangan.

Pelakon, Kamal Adli memaklumkan dia tidak kisah jika ada pihak yang memuat naik semula gambar lamanya di media sosial.

Menerusi Threads, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli berpendapat bahawa perkongsian yang dibuat adalah sekadar kenangan lama dan sama sekali tidak menimbulkan sebarang isu.

“Saya okay saja kalau ada yang kongsi semula gambar lama. Bukan buat salah pun.

“Ia satu kenangan dan tak ada isu sebab kita kan manusia,” ujarnya..

Walau bagaimanapun, bapa kepada seorang anak ini menegaskan bahawa dia tidak menyokong tindakan mana-mana pihak yang melakukan sesuatu perkara secara senyap tanpa pengetahuan orang lain.

“Lelaki dan perempuan, tak ada pilih-pilih. Bukan kita buat diam-diam atau sorok-sorok, itu kan dosa. Allah marah, saya pun marah,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, Kamal menyorot perhatian apabila ramai yang merasakan pelakon itu semakin kerap memuat naik ciapan di aplikasi Threads.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang memuat naik semula gambar lama Kamal sambil mengimbau kembali kenangan bersama pelakon drama Bahagia Yang Tertangguh itu.

Sumber: Threads Kamal Adli

Must-Watch Video

Advertisement