Skip to main content

Hiburan

“Kali Ini Aku Tak Marah, Tapi Aku Sedih. Rasa Nak Pecah Dada” - Shakilla Khoriri

Astro Gempak 382

Sekilas

  • Pelakon Shakilla Khoriri berkongsi rasa kecewa apabila anaknya dipersoal hal kecil seperti keperluan ke sekolah di media sosial.
  • Shakilla menegaskan dia tidak marah tetapi sedih dengan situasi itu dan memberi amaran agar tidak membuka cerita peribadi di media sosial.
  • Shakilla pernah berkahwin dengan penyampai radio Fizi Ali dan kini sudah mendirikan rumah tangga baru, manakala Fizi juga sudah berkahwin semula.

Perkongsian pelakon Shakilla Khoriri yang berisi coretan panjang dipercayai berkaitan anaknya mencuri perhatian ramai di media sosial.

Menerusi hantaran di Instagram, Shakilla meluahkan kekecewaan apabila anaknya di dipersoalkan mengenai perkara kecil termasuk keperluan ke sekolah.

vdvd

“Mahal ke harga getah rambut untuk ke sekolah sampai anak aku kena soal kenapa aku tak sediakan sekali?

“Banyak sangat ke RM3 duit belanja sekolah yang aku berikan sampai tak diberikan hari ini pada dia?” luahnya.

Menurut Shakilla, dia tidak marah dengan situasi tersebut, namun berasa sangat sedih sehingga menyentuh emosinya sebagai seorang ibu.

“Kali ini aku tak marah, tapi aku sedih. Rasa nak pecah dada.

“Rezeki budak itu diberikan akal fikiran lebih baik berbanding kalian yang dewasa hanya pada nama.

“Jika betul jahatnya mak dia, dia tetap akan bersama mak dia macam mak dia ada untuk dia,” ujarnya.

Pelakon itu turut memberi amaran agar tidak terus mencetuskan konflik dan membuka cerita masing-masing di media sosial.

“Sudahlah geng! Jangan paksa aku cerita taik masing-masing sebab seorang-seorang punya cerita lagi hebat,” tegasnya.

Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai siapakah pihak yang dimaksudkan oleh Shakilla menerusi perkongsian tersebut. 

Untuk rekod, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio Fizi Ali pada 18 Januari 2018 sebelum berpisah pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena yang kini berusia enam tahun.

Shakilla kemudiannya mendirikan rumah tangga baharu bersama Mohd Fariz pada 24 Februari 2024, manakala Fizi pula menikahi Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

Push Up Bra 内衣 Plus Size Ice Silk Seamless Bra Women Sexy Mesh Fixed Up Cushion Comfort Non-wired Bra Baju Dalam Wanita

Push Up Bra 内衣 Plus Size Ice Silk Seamless Bra Women Sexy Mesh Fixed Up Cushion Comfort Non-wired Bra Baju Dalam Wanita

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

【Mebraties】Women Pajamas baju tidur wanita seksi Camisole+Shorts Set Plus size sexy dewasa Sleepwear murah pyjamas

【Mebraties】Women Pajamas baju tidur wanita seksi Camisole+Shorts Set Plus size sexy dewasa Sleepwear murah pyjamas

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

Must Watch Video

Advertisement