Skip to main content

Filem

“Kalau Seorang Ibu Itu Dianggap Gagal…” - Revalina S. Temat Akui Watak Dalam Filem ‘Tuhan, Benarkah Kau Mendengar Ku’ Buat Hati Tersentuh

Revalina S

Sekilas

  • Revalina S. Temat memegang watak Sarah dalam filem terbaru "Tuhan, Benarkah Kau Mendengar Ku" yang mengangkat konflik emosi antara ibu dan anak.
  • Watak Sarah digambarkan sebagai ibu perfectionist yang menghadapi kekecewaan apabila usaha menjaga anaknya tidak diterima dengan baik.
  • Filem hasil kerjasama produksi Indonesia-Malaysia ini akan ditayangkan di pawagam mulai 5 Februari dan mengangkat tema spiritualiti wanita serta kekuatan ibu tunggal.

Pelakon Indonesia, Revalina S. Temat mengakui terdapat beberapa babak dalam filem terbaharu lakonannya iaitu Tuhan, Benarkah Kau Mendengar Ku benar-benar menyentuh perasaannya sebagai seorang ibu.

Memegang watak sebagai Sarah, Revalina berkata karakter tersebut membawa konflik emosi yang mendalam, terutamanya apabila melibatkan hubungan antara ibu dan anak.

“Kalau seorang ibu itu dianggap sebagai seorang yang gagal pun dah rasa sedih, apatah lagi apabila perkara itu datang daripada anak sendiri. Perasaannya memang sedih sekali,” katanya.

Mengulas mengenai karakternya, Revalina menjelaskan watak Sarah digambarkan sebagai seorang ibu yang mempunyai sifat perfectionist dan sentiasa menginginkan yang terbaik buat anaknya, Laila.

Namun, usaha tersebut tidak diterima dengan baik oleh anaknya sekali gus menjadi konflik utama dalam jalan cerita filem berkenaan.

“Sebenarnya Sarah ingin semuanya jadi sempurna. Kerana dia seorang perfectionist, maka dia berusaha untuk mencipta lingkungan yang selesa untuk anaknya.

“Tapi ternyata Laila tidak berfikiran seperti itu, jadi itu adalah kekecewaan terbesar Sarah sebagai seorang ibu, walaupun begitu, tetap akan melindungi Laila,” jelasnya.

Selain Revalina, filem ini turut dibintangi oleh Gunawan Sudrajat, Megan Domani, Annisa Kaila, Roy Sungkono, Risma Nilawati, Dhawiya Zaida, Daniella Sya, Alex Abbad, Sheila Kusnadi, Venly Arauna dan Ustadzah Shofwatunnida.

Diarahkan oleh Jay Sukmo dan ditulis oleh Utiuts, filem ini juga diterbitkan oleh Robert Ronny serta Prima Taufik, dengan Andi Boediman sebagai penerbit eksekutif.

Filem ini juga merupakan hasil kerjasama produksi Indonesia–Malaysia bersama Astro Shaw, dan turut disokong oleh Netzme, KMIF, WOW Multinet Pictures, serta Virtuelines Entertainment.

Filem ini akan menemui penonton dipawagam bermula 5 Februari ini.

Tuhan, Benarkah Kau Mendengar Ku ini mengangkat spiritualiti wanita dalam menghadapi ujian kehidupan, selain menjadi pelukan hangat buat ibu tunggal dan anak-anak yang membesar dalam dinamika keluarga berpecah.

Melalui perspektif seorang wanita, filem ini meneroka sisi rapuh dan kekuatan seorang ibu tunggal.

Watak Sarah (Revalina S. Temat) digambarkan sebagai seorang wanita yang perlu belajar untuk memaafkan, bertahan dan berserah melalui doa apabila kehidupan tidak menawarkan pilihan yang mudah.

Anda mungkin berminat dengan

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Must-Watch Video

Advertisement