Skip to main content

Hiburan

“Kalau Ibu Boleh Tengok, Dia Mesti…” - Watie Hanifiah Sebak Lihat Persembahan Thalita, Sampai Rasa Nak Menangis

Thalita

Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah meluahkan rasa bangga selepas melihat anak tirinya, Thalita membuat persembahan di sebuah majlis pelancaran jenama pakaian raya baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Watie akui sebak melihat usaha dan kesungguhan yang diberikan oleh Thalita sepanjang penampilannya di pentas pertunjukkan fesyen itu.

“Yang di belakang tabir pun Mummy dan Daddy memang sangat bangga dengan kamu, Thalita. Apatah lagi bila kamu buat sehabis baik masa persembahan. Mummy dan Daddy rasa nak menangis,” tulisnya.

Menurut Watie, kejayaan dan keberanian Thalita itu pastinya turut membanggakan arwah ibu kandungnya, Allahyarham Siti Sarah sekiranya masih ada menyaksikan detik berkenaan.

“Dan pasti, kalau ibu boleh tengok kamu, dia mesti lebih bangga. Tahniah Thalita. Terima kasih Jakel atas peluang ini. Satu rezeki buat Thalita dapat berduet dengan penyanyi hebat seperti Cakra Khan,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa bangga dengan Thalita dan memberikan pujian kepadanya. 

"Sedapnyaa suara Thalit,a congratulations you bawa suara Ibu you. 

"Congrats tata. Sekali she duet bukan yang biasa-biasa. 

"Awww tataaaaa🥹 u improved a lottt girl. 

"Fly highhhhh talitaaaaa !! ibu mesti proud dengan you," komen netizen. 

Must-Watch Video

Advertisement