Skip to main content

Hiburan

Kaki Dipotong Kerana Diabetes, Mama Rina AF6 Impi Kaki Palsu Untuk Cari Rezeki

Mama Rina AF6

Sekilas

  • Mama Rina, bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam, berhasrat untuk kembali menyanyi selepas kehilangan kaki kanan akibat komplikasi diabetes.
  • Dia kini bergantung kepada bantuan adik dan JKM sebanyak RM600 sebulan kerana tidak mampu melakukan aktiviti busking dan berniaga kuih tradisional seperti sebelum ini.
  • Persatuan Karyawan Malaysia telah memberikan sumbangan dan berjanji akan membantu Mama Rina supaya dapat berdikari dan aktif semula dalam bidang nyanyian.

Bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Mama Rina menyimpan hasrat untuk kembali menyanyi selepas kaki kanannya dipotong akibat komplikasi diabetes pada hujung tahun lalu.

Menurut Mama Rina atau nama sebenarnya Hairina Abdul Halim, kehidupannya mula berubah selepas tidak lagi mampu untuk melakukan aktiviti busking mahupun mengusahakan perniagaan kuih tradisional bagi meneruskan kehisupan.

“Saya rasa seperti hidup kembali hari ini, sebab sebelum ini macam hidup di bawah tempurung sejak berkerusi roda.

“Dulu saya memang tak duduk diam. Setiap kali Ramadan, saya akan ambil tempahan kuih dan bawa sekali jual ketika busking. Tapi sekarang semua itu tak mampu dibuat,” katanya.

Tambah Mama Rina, dia juga menanam impian untuk memilik kaki palsu supaya dapat kembali mencari rezeki untuk kelangsungan hidup.

“Saya memang tak boleh berhenti menyanyi. Saya tak mahu hidup bergantung atau tadah tangan, cuma sekarang pergerakan sangat terbatas.

“Buat masa ini, saya hanya harap bantuan adik untuk bergerak dan bergantung kepada bantuan JKM sebanyak RM600 sebulan,” ujar Mama Rina.

Terdahulu, Mama Rina menerima kunjungan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez serta Pengerusi Karyawan, Datuk Khatijah Ibrahim yang menyampaikan sumbangan wang tunai di kediamannya.

Menurut Khatijah, pihak Karyawan akan terus berusaha membantu kebajikan Mama Rina agar penyanyi itu dapat kembali berdikari dan aktif semula dalam bidang nyanyian.

“Kami akan mengusahakan bantuan sesuai bagi Mama Rina. Kami berdoa semoga dia dapat bergerak dan berdikari serta bernyanyi semula," katanya.

Sumber: Harian Metro

Anda mungkin berminat dengan

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Must-Watch Video

Advertisement