Skip to main content

Hiburan

Kaka Azraff Titip Pesan Buat Individu Berhadapan Dengan Orang Narsistik - “Cari Jalan Keluar”

Kaka Azraff

Sekilas

  • Kaka Azraff beri nasihat ringkas "Cari jalan keluar!" kepada individu yang berdepan dengan orang bersikap narsistik menerusi Threads.
  • Perkongsian itu mendapat sokongan netizen yang anggap nasihat tersebut penting untuk jaga kesihatan mental dan emosi.
  • Individu narsistik biasanya terlalu mementingkan diri sendiri, mahu dipuji, dan kurang empati terhadap orang lain.

Penyanyi, Kaka Azraff memberikan pesanan ringkas buat seorang individu yang dipercayai berdepan dengan orang yang bersikap narsistik.

Menerusi Threads, individu berkenaan
bertanyakan pengalaman orang ramai berdepan dengan individu narsistik dan meminta pandangan bagaimana mereka berdepan dengannya.

“Siapa ada pengalaman kena hadap orang narsistik? Boleh tak share… Nak baca,” tulisnya.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian Kaka yang hanya memberikan komen ringkas.

“Cari jalan keluar!,” tulisnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang diberikan, malah ada yang menganggap nasihat tersebut sebagai satu peringatan penting untuk menjaga kesihatan mental serta emosi.

Sekadar info, individu bersifat narsistik merupakam seseorang yang mempunyai sifat terlalu mementingkan diri sendiri, sentiasa mahu dipuji, serta kurang empati terhadap orang.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Must-Watch Video

Advertisement