Skip to main content

Hiburan

Kajian GfK Buktikan Radio Kekal Relevan! 21.9 Juta Pendengar Setiap Minggu, Waktu Petang Paling Popular

vss

Sekilas

  • GfK berjaya melaksanakan kajian Pengukuran Pendengar Radio (RAM) secara nasional pertama di Malaysia merangkumi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
  • Radio kekal medium popular dengan 21.9 juta pendengar mingguan dan purata masa mendengar 12 jam 47 minit seminggu.
  • Lokasi utama mendengar radio adalah dalam kereta, diikuti di rumah dan tempat kerja, dengan waktu petang dan pagi sebagai waktu puncak pendengaran.

Buat julung kalinya, GfK yang merupakan sebahagian daripada kumpulan NIQ, berjaya melaksanakan kajian Pengukuran Pendengar Radio (RAM) secara nasional pertama di Malaysia.

Kajian ini merangkumi seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak termasuk bandar utama seperti Kuching, Kota Kinabalu, Miri dan Sandakan.

Langkah ini sekali gus menetapkan penanda aras baharu dalam pengukuran media negara, memberikan gambaran yang lebih menyeluruh mengenai tabiat dan pola pendengaran radio rakyat Malaysia.

fdfsf

Menurut hasil kajian RAM Gelombang Kedua 2025, radio kekal sebagai medium yang kukuh dan relevan dengan jumlah pendengar yang tinggi setiap minggu.

Antara dapatan utama kajian:

• 21.9 juta pendengar radio setiap minggu

• Purata masa mendengar: 12 jam 47 minit seminggu

• Tempoh kajian: 24 Ogos – 4 Oktober 2025 (6 minggu)

• Responden: 6,000 (Semenanjung Malaysia), 600 (Malaysia Timur)

Kereta Kekal Lokasi Utama Mendengar Radio

Kajian turut mendapati rakyat Malaysia masih menjadikan radio sebagai medium pilihan ketika bergerak ke tempat kerja atau melakukan rutin harian.

Lokasi utama mendengar radio:

• Dalam kereta: 17.1 juta pendengar mingguan

• Di rumah: 13.2 juta pendengar mingguan

• Di tempat kerja: 2.4 juta pendengar mingguan

Dari segi masa mendengar, pekerja mencatat tempoh paling lama iaitu 11 jam 20 minit seminggu, diikuti pendengar di rumah dengan 10 jam 10 minit.

Waktu Petang Paling Popular

RAM 2025 turut mendedahkan waktu puncak pendengaran radio mingguan:

• Waktu petang (4 ptg – 8 mlm): 15.3 juta pendengar

• Waktu pagi (6 pg – 10 pg): 15.2 juta pendengar

Pola ini mencerminkan tabiat rakyat Malaysia yang menjadikan radio sebagai teman rutin perjalanan harian dan hiburan selepas waktu bekerja.

Radio Masih Relevan

Dapatan menyeluruh ini membuktikan radio masih menjadi medium penting dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia meskipun kepelbagaian platform digital semakin berkembang.

Kajian nasional pertama oleh GfK ini dijangka menjadi rujukan penting bagi industri media, penyiaran dan pengiklan dalam memahami demografi serta potensi pasaran radio di Malaysia.

Must-Watch Video

Advertisement