Skip to main content

Berita Tempatan

"Kadang-Kadang Kita Gelak Sendiri, Cringe Sendiri Tapi Itulah..." - Allan Andersn

allan

Sekilas

  • Allan Andersn lancar single terbaru 'Mau But Malu' yang mengangkat tema suka dalam diam dengan sentuhan city pop moden yang ringan dan catchy.
  • Lagu ini membawa mesej 'cakap terus' secara santai, sesuai untuk mereka yang terperangkap dalam dilema perasaan seperti friendzone dan confession.
  • Allan akan buat showcase di Kuala Lumpur dan Johor Bahru serta jalankan kempen digital di TikTok, Instagram dan YouTube untuk promosikan lagu ini di Malaysia.

Mengangkat tema perasaan ‘suka dalam diam’ yang sering dialami ramai, penyanyi dan penulis lagu Indonesia, Allan Andersn, kembali dengan single terbaharu berjudul Mau But Malu.

Lagu pop berenergi ini diperkaya dengan sentuhan city pop moden yang ringan, groovy dan mudah melekat di telinga.

Menurut Allan, dia mahu lagu ini memberi rasa seronok sambil membuat pendengar tersenyum kerana ia terlalu dekat dengan realiti.

“Saya memang nak lagu ini bunyi fun dan groovy sebab situasi sebegini selalu terjadi dalam hidup kita. Kadang-kadang kita gelak sendiri, kadang-kadang kita cringe sendiri. Tapi itulah yang buat cerita ini dekat di hati,” katanya.

Allan turut menjelaskan bahawa lagu ini membawa mesej ‘cakap terus’, namun disampaikan dengan nada santai.

“Bagi saya, lagu ini bukan nak buat orang down. Ia seperti lagu tema untuk orang yang nak bagi 'hint', bayangan apa yang dia sedang rasakan. Pada akhirnya, akan tinggal dua pilihan sahaja, sama ada cakap iya atau tidak. Kalau tidak, penat juga menunggu,” ujarnya tertawa.

Dilancarkan di semua platform penstriman digital bermula 12 Februari 2026, single ciptaan Allan ini memperlihatkan kematangan muziknya yang semakin berkembang, namun masih mengekalkan identiti pop yang dekat dengan emosi serta pengalaman hidup seharian.

Judul Mau But Malu yang diambil daripada frasa mahu tapi malu membawa kisah ringkas tetapi mengena. Ia menggambarkan situasi seseorang yang sentiasa ada di sisi insan yang disukai, menjadi tempat bercerita dan sistem sokongan ketika patah hati, namun dalam masa yang sama memendam perasaan sendiri.

Liriknya sarat dengan momen yang comel dan relatable. Walaupun temanya berkisar tentang friendzone dan confession, susunan city pop yang segar menjadikan lagu ini terasa ringan dan catchy. Tidak terlalu berat, tetapi cukup untuk menjadi lagu tema buat mereka yang sedang terperangkap dalam dilema perasaan.

Berasal dari Tahuna, sebuah pulau kecil di Indonesia, Allan dikenali dengan penulisan lagu yang jujur, sinematik dan dekat dengan hati pendengar. Menerusi Mau But Malu, pendekatan itu diteruskan tetapi dengan balutan susunan muzik yang lebih moden dan segar, sesuai untuk penggemar pop catchy dengan elemen city pop kontemporari.

Sebagai sebahagian daripada promosi, Allan turut membawa lagu ini ke pentas menerusi showcase intim di Kuala Lumpur pada 6 Februari 2026 dan Johor Bahru pada 14 Februari 2026. Persembahan tersebut dirakam dan diterbitkan sebagai kandungan digital bagi memperluaskan lagi capaian single ini di Malaysia.

Sebelum ini, Allan mencuri perhatian menerusi lagu Rindu yang berjaya menembusi carta Spotify Viral 50 Indonesia dan Malaysia, selain tersenarai dalam Top 10 Newcomers Billboard Indonesia selama dua minggu berturut turut. Album debutnya, Dear AA 2025, turut mengukuhkan namanya sebagai antara bakat baharu yang konsisten membina pengaruh dalam landskap pop Asia Tenggara.

Bagi Mau But Malu, kempen digital turut digerakkan di TikTok, Instagram dan YouTube dengan konsep storytelling serta kandungan ciptaan pengguna bertemakan confession, hint dan kisah friendzone yang mencuit hati.

Allan juga merancang untuk melancarkan beberapa single lagi sepanjang 2026 sebagai persediaan menuju projek EP dan album seterusnya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Must-Watch Video

Advertisement