Penyanyi dan aktivis, Zizi Kirana meluahkan rasa rindu terhadap keluarganya sepanjang menyertai misi kemanusiaan ke Palestin. Menurut Zizi, dia memilih untuk jarang melakukan panggilan video bersama keluarga kerana tidak sanggup melihat mereka menitiskan air mata.
“Sepanjang pelayaran ni saya jarang VC dengan family, saya tak nak dorang sedih sebab setiap kali VC dorang nangis. Saya pulak tak boleh tahan kalau macam tu. Terutama kalau Mak saya nangis! Luluh la jiwa pahlawan saya,” tulisnya di Threads.
Advertisement
Zizi menambah, meskipun berdepan kerinduan, dia tetap bersyukur kerana keluarganya masih ada untuk mendoakan keselamatan sepanjang misi.
Katanya, perasaan itu membuatkan dirinya lebih menghargai nikmat keluarga, apatah lagi bila mengenangkan nasib penduduk Gaza yang ramai kehilangan insan tersayang.
“Alhamdulillah Allah jaga kami semua di sini.. Alhamdulillah Allah masih pinjamkan family. Berbanding di Gaza, ramai yang dah takde family,” ujarnya penuh sebak.

Dalam perkongsian sama, Zizi turut menyeru orang ramai agar tidak pernah berhenti berdoa untuk Palestin serta membantu menyebarkan maklumat berkaitan misi kemanusiaan yang sedang dilaksanakan.
“So korang jangan berhenti doa dan sebarkan tentang Misi ini okay! Kita kena sama-sama kuat demi saudara kita di Palestine. InsyaAllah,” katanya lagi.
Isnin lalu, isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin itu memaklumkan kapal yang dinaikinya telah memulakan kembali pelayaran menuju Gaza.
Perjalanan dari Tunisia itu dijangka memakan masa selama 10 hingga 14 hari.