Skip to main content

Hiburan

“Jangan Terlalu Cepat Nak Menghukum Mak Bapak Bagi Nama Dekat Anak Mereka Melainkan…” - Uyaina Arshad

Astrogempak Uyaina

Sekilas

  • Uyaina Arshad berkongsi kisah di sebalik nama anak ketiganya, Uzayn, yang hampir diberi nama ‘Urelius’ kerana minatnya terhadap emas semasa mengandung.
  • Dia menegaskan nama Uzayn mempunyai makna baik dan diinspirasikan daripada tokoh yang dihormati, serta menolak salah faham netizen mengenai nama tersebut.
  • Uyaina menasihatkan orang ramai supaya tidak cepat menghukum pilihan nama ibu bapa selagi nama itu tidak menyusahkan anak.

Pelakon Uyaina Arshad tidak menyangka perkongsian mengenai nama anak ketiganya, Uzayn mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial.

Menurut Uyaina atau nama lengkapnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, ketika dia mempertimbangkan untuk memilih nama Urelius adalah kerana minatnya terhadap emas sewaktu hamil anak ketiga.

“Sebenarnya waktu saya post dekat Threads tu, tak expect pula akan jadi isu. Sudah tentu tak ada mak dan ayah yang nak menamakan anak dengan nama yang buruk atau tak ada makna. Semua ibu bapa pasti nak beri nama terbaik dengan maksud yang baik.

“Waktu mengandung dulu saya mengidam emas. Jadi kami cari maksud dalam bahasa lain, dan ‘Aurelius’ membawa maksud ‘golden’. Kami rasa nama itu cantik juga. Tapi bila difikirkan semula, nasib baik tak letak. Belum letak nama pun dah kena ‘buli’ dulu di Threads,” katanya kepada Gempak.

Mengulas lanjut, Uyaina turut membetulkan salah faham segelintir netizen yang mengaitkan nama tersebut dengan nama lain.

Uyaina turut menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu cepat menghukum pilihan ibu bapa dalam menamakan anak selagi ia tidak memberi kesan buruk.

“Cumanya ada seorang pengguna Threads ni kata "Oh nak letak nama Alias, lepas tu jadi Aurelius'." Eh, salah tu! Mana ada sebut langsung pasal Alias pula kat situ? Tak. Jadi nama Uzayn  pun ada maksud yang baik, on its own ada maksud yang baik, diinspirasikan daripada seorang tokoh juga, tokoh yang baik.

“Jadi saya just rasa macam jangan terlalu cepat nak menghukum mak bapak bagi nama dekat anak dorang melainkan nama tu betul-betul yang menyusahkan anak tu sampai 10 nama ke, ejaan pun sangat you know dahsyat punya ejaan. Kalau tak, biarlah mak bapak tu happy nak bagi nama anak mereka,” tambahnya.

Terdahulu, Uyaina Arshad mendedahkan pernah terfikir untuk menamakan anak ketiganya, Uzayn sebagai ‘Urelius’.

Menerusi perkongsian di Threads, Uyaina berkongsi idea di sebalik pemilihan nama anak-anaknya yang sarat dengan makna dan inspirasi tersendiri.

Anda mungkin berminat dengan

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Must-Watch Video

Advertisement