Skip to main content

Selebriti

Jalena Rejab Beri Teguran, Mohon PA Selebriti Jaga Tingkah Laku - “Bila Masuk Set Orang, Hormat Dari Segi Adab & Pemakaian”

Jalena Rejab beri teguran

Sekilas

  • Jalena Rejab menegur sikap segelintir pembantu peribadi selebriti yang kurang menjaga adab ketika berada di set penggambaran.
  • Jalena menegaskan pentingnya memberi salam dan menghormati semua pihak tanpa mengira status di lokasi produksi.
  • Jalena juga menasihatkan pengurusan agar memberikan tunjuk ajar kepada PA supaya tidak bersikap biadab dan tidak profesional.

Penerbit, Jalena Rejab menegur sikap segelintir pembantu peribadi (PA) selebriti untuk menjaga adab ketika berada di set penggambaran sesebuah produksi.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Jalena berkata perkara tersebut bukanlah isu baharu, malah sudah berulang kali berlaku di set produksi kendaliannya sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan kru dan pihak produksi.

“Kisah ni dah banyak kali terjadi kat set kita. Wahai yang bergelar PA, bila masuk set orang hormat dari segi adab dan pemakaian.

“Kena kena ingat you all tiada ikatan dengan production, you serve people yang hire you, not us owner of the production,” tegasnya.

Dalam masa sama, Jalena turut menekankan kepentingan menjaga hubungan sesama individu di set melalui adab seperti memberi salam, tanpa mengira status atau kedudukan.

Malah, Jalena juga menasihatkan agar pihak pengurusan atau manager yang menghantar PA ke lokasi penggambaran memberikan tunjuk ajar sewajarnya bagi mengelakkan sikap tidak profesional.

“Masuk set orang salam lah tanda pembentukkan silaturrahim, pelakon senior pun boleh datang salam producer, ini kan you.

“Kepada manager yang hantar tu, bagi lah tunjuk ajar, jangan biadap, tak ada adab!” kongsinya.

Sumber: Threads @jalenarejab

Anda mungkin berminat dengan

《Mega Deal》Cotton Bra Women Size36~44BC- Baju Dalam Wanita Soft Non Wired Bra Wireless Tiada Besi

《Mega Deal》Cotton Bra Women Size36~44BC- Baju Dalam Wanita Soft Non Wired Bra Wireless Tiada Besi

Sport Bra Yoga daily bra quick-drying sports bra running fitness seamless back buckle 2021

Sport Bra Yoga daily bra quick-drying sports bra running fitness seamless back buckle 2021

45-120KG Womens Plus Size Bra Seamless Lace Vest Push Up Bralette Wireless Latex Fitness 內衣無鋼圈

45-120KG Womens Plus Size Bra Seamless Lace Vest Push Up Bralette Wireless Latex Fitness 內衣無鋼圈

Bra PLUS SIZE Cup B/C FULL CUP 3 Hook [ANNAH] Wireless Bra / Baju Dalam Bra Wanita Penuh Tutup Tanpa Dawai 34~52

Bra PLUS SIZE Cup B/C FULL CUP 3 Hook [ANNAH] Wireless Bra / Baju Dalam Bra Wanita Penuh Tutup Tanpa Dawai 34~52

ELGINI E16252 Windbreaker Muslimah S-XXL | Muslimah Water-Resistant Windbreaker

ELGINI E16252 Windbreaker Muslimah S-XXL | Muslimah Water-Resistant Windbreaker

[Kasut Raya] BATA Zylyn Women Black/ Brown/SIlver Heels 6316047/6318047/6312047 Kasut Tumit Tinggi

[Kasut Raya] BATA Zylyn Women Black/ Brown/SIlver Heels 6316047/6318047/6312047 Kasut Tumit Tinggi

Must Watch Video

Advertisement