Skip to main content

Hiburan

Jaja Ishak Pertaruh Bakat Ammar, Auddra & Hadie Menerusi Lagu Dentam Dentum Raya

Astro Gempak 180

Sekilas

  • Penyanyi baru Triomut iaitu Ammar Haikal, Auddra dan Hadie El Fardie berkolaborasi buat pertama kali menerusi lagu raya berjudul Dentam Dentum Raya.
  • Lagu ini merupakan projek raya sulung mereka dan dihasilkan bersama penulis lirik serta penerbit Jaja Ishak yang yakin dengan potensi kumpulan ini.
  • Dentam Dentum Raya sudah dilancarkan di platform digital seperti Spotify dan muzik video rasmi boleh ditonton di YouTube melalui Jaja Ishak Channel.

Penyanyi meningkat naik Ammar Haikal, Auddra dan Hadie El Fardie atau lebih dikenali sebagai Triomut meluahkan rasa teruja apabila pertama kali bergandingan menerusi lagu raya berjudul Dentam Dentum Raya.

Lebih istimewa, lagu tersebut menjadi projek raya sulung mereka sebagai satu kumpulan.

Menurut Ammar, peluang bekerjasama dengan Jaja Ishak membuka lembaran baharu buat mereka.

“Perasaan kami pertama kali dapat peluang buat lagu dengan Uncle Jaja, kami sangat teruja. Sebab kami tak pernah keluarkan lagu raya. Ini tahun pertama kami tampil dengan lagu raya, ditambah pula dengan kawan-kawan saya sendiri, mestilah teruja,” katanya.

Auddra atau mesra disapa Odah turut berkongsi keterujaan yang sama apabila pertama kali mendengar lagu tersebut.

“Perasaan kami memang sangat gembira dengan projek ini. Masa mula-mula dengar pun rasa macam… eh, ada lagu lain lah! (unik). Ia sangat menyeronokkan,” ujarnya.

Bagi Hadie pula, walaupun pernah merakamkan lagu raya sebelum ini, Dentam Dentum Raya memberi pengalaman berbeza kerana ia dirakam bersama rakan seperjuangan.

“Perasaan saya, ini kali pertama saya ada lagu raya bersama kawan-kawan. Selama ini saya ada lagu raya tapi dengan keluarga, dengan mak ayah saya. Jadi ini lagu pertama dengan mereka bertiga ni, rasa gembira lah menyanyi dengan kawan-kawan,” katanya.

Sementara itu, penulis lirik dan penerbit lagu tersebut, Jaja Ishakmengakui yakin dengan potensi lagu berkenaan meskipun berdepan saingan sengit lagu raya lain di pasaran.

“Secara jujurnya, saya tahu ramai artis dan ‘influencer’ dah lancarkan lagu raya mereka. Tapi tak semua orang boleh menyanyi dengan baik. Mereka bertiga ini memang dilahirkan sebagai penyanyi, mereka ada bakat semula jadi dan sekarang mereka tengah ‘naik’,” katanya.

Tambahnya lagi, keyakinan itu mendorongnya untuk melabur dalam projek tersebut walaupun ‘Triomut’ masih baharu dalam industri.

“Sebab itu saya yakin nak melabur kepada mereka walaupun mereka artis baru. Saya yakin dengan kredibiliti dan pengikut mereka. Tengoklah, pengikut pun datang hari ini. Kalau saya kata nak 300 orang datang pun boleh, tapi kita tak mampu nak santuni semua.

“Itulah sebab saya yakin lagu kita, walaupun artis baru, tapi dengan kekuatan vokal, kekuatan kekeluargaan dan peminat mereka, saya yakin lagu ini nombor satu untuk tahun ini,” ujarnya optimis.

Lagu Dentam Dentum Raya mula dilancarkan di platform digital termasuk Spotify bermula semalam, manakala muzik video rasmi terbitan Jaja Ishak Channel turut dilancarkan di YouTube pada tarikh yang sama.

Anda mungkin berminat dengan

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Must-Watch Video

Advertisement