Skip to main content

Hiburan

Jadi Saksi Konflik Rumah Tangga Orang Sekeliling, Iqram Dinzly Akui Takut Nak Kahwin - “Ada Yang Malam Bercium, Esok Pagi Bercerai”

Iqram Dinzly

Sekilas

  • Iqram Dinzly mengakui mempunyai perasaan takut dan trauma untuk berkahwin selepas menyaksikan konflik rumah tangga dalam kalangan sahabat dan saudara-mara.
  • Pelakon filem Evolusi KL Drift ini tidak selesa dengan keadaan di mana suami menjadi takut dan tunduk kepada isteri dalam perkahwinan.
  • Iqram menegaskan hubungan suami isteri seharusnya dibina atas dasar kerjasama dan bukan dikawal sebelah pihak sahaja.

Pelakon, Iqram Dinzly mengakui dirinya mempunyai perasaan takut dan trauma mendirikan rumah tangga.

Menurut Iqram atau nama sebenarnya Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, rasa trauma itu timbul selepas menyaksikan beberapa konflik rumah tangga yang berlaku melibatkan orang di sekelilingnya.

“Ada juga perasaan takut untuk berkahwin sebab saya berpeluang melihat rahsia di sebalik sesebuah perkahwinan itu.

“Contohnya saya pernah melihat keburukan di sebalik kemanisan rumah tangga yang berlaku dalam kalangan sahabat serta saudara-mara saya.

“Ada juga yang sebelum tidur berpeluk dan bercium tapi keesokan paginya bercerai. Jadi perkara itu membuatkan saya seakan trauma,” katanya ketika menjadi tetamu podcast dikendalikan pempengaruh, Iddin Ramli.

Bukan itu sahaja, pelakon filem Evolusi KL Drift ini turut mengakui dia menjadi kurang selesa dengan keadaan di mana suami menjadi takut dan tunduk kepada isteri.

Ujar Iqram, hubungan suami isteri seharusnya dibina atas dasar kerjasama dan bukannya dikawal sebelah pihak semata-mata.

“Selain itu saya lihat kebanyakan suami seakan lebih lemah berbanding perempuan, tak tahu kenapa. Saya juga tak faham kepada lelaki yang takut dengan isteri.

“Bila nampak itu, saya fikir balik yang takkanlah bila kahwin kita yang suami kena tunduk dengan isteri.

“Saya tak suka perkara itu dan bagi saya tak ada istilah kawal, ia lebih kepada sama-sama bekerjasama.

“Jadi sekiranya kahwin saya tak nak ada isteri yang ‘controller’,” ujarnya lagi.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Must-Watch Video

Advertisement