Skip to main content

Hiburan

“Jadi Perempuan Harus Selalu Refleksi Diri, Jangan Sibuk Hal Rumah Tangga Orang Lain” - Mimi Lana

Mimi Lana

Sekilas

  • Mimi Lana berkongsi pandangan bahawa kecantikan wanita bukan diukur dari rupa, tetapi cara berfikir dan etika.
  • Perkongsian itu adalah refleksi diri Mimi sendiri dan bukan ditujukan kepada sesiapa, sambil menasihati agar tidak mencampuri urusan rumah tangga orang lain.
  • Pelakon itu juga mengajak semua untuk mendoakan kebaikan kepada mereka yang menghadapi masalah dan menjaga kedamaian.

Perkongsian pelakon Mimi Lana mengenai kecantikan seseorang wanita itu bukan diukur berdasarkan rupa paras sebaliknya cara pemikiran dan etika mendapat perhatian netizen. 

 

“Kerana kau perempuan tidak cantik tidak apa-apa asal jangan sampai miskin cara berfikir dan etika,” kongsinya. 

 

Enggan membiarkan netizen membuat andaian tidak benar, Mimi menjelaskan perkongsian itu ditujukan kepada dirinya sendiri. 

 

Isteri kepada pelakon Syafiq Kyle ini turut menitipkan pesanan agar tidak mencampuri urusan rumah tangga orang lain dan mendoakan yang baik-baik untuk pasangan yang sedang berdepan masalah. 

 

“Posting ni merujuk kepada diri saya sendiri dan tak ada kena mengena dengan sesiapa. Jadi perempuan harus selalu refleksi diri, jangan sibuk hal rumah tangga orang lain, jaga rumah tangga sendiri. 

 

“Bila nampak orang ditimpa musibah, banyakkan berdoa untuk mereka. Dan semoga doa yang baik tu berpatah balik pada kita. 

 

“Sebab kıta tak tahu bahagian kita nanti macam mana. Make peace no war,” kata Mimi. 

 

Rata-rata wargamaya turut bersetuju dengan kenyataan pelakon berusia 30 tahun itu. 

 

Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement