Skip to main content

Filem

Jack Tan Tak Sangka Dapat Berlakon Filem Arahan Chiu Keng Guan - “Saya Dah Lama Tunggu Lepas Tengok Ola Bola”

Jack Tan tak sangka berlakon filem arahan Chiu Keng Guan

Pelakon, Jack Tan meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang untuk bekerjasama dengan pengarah, Chiu Keng Guan, dalam filem terbaharu berjudul Terbang.

Menurut Jack, kerjasama ini merupakan impian yang telah lama dinantikan selepas menonton karya-karya terdahulu arahan Chiu Keng Guan seperti The Journey dan Ola Bola yang sangat meninggalkan kesan mendalam kepada dirinya.

Advertisement

“Saya terima nashkah ini kerana pengarahnya Chiu Keng Guan dan seronok dapat bekerja dengannya. Saya tengok hasil karya Chiu seperti filem The Journey dan Ola Bola, saya memang suka sangat.

“Sebelum ini selalu terfikir bila agaknya berpeluang untuk bekerja dengan Chiu, jadi saya rasa sangat teruja, akhirnya masa itu tiba juga,” ujarnya.

Jack berkongsi perkara itu ketika ditemui pada set penggambaran filem Terbang di Sepang, Selangor pada Selasa.

Selain tertarik dengan kredibiliti pengarah, Jack turut berkongsi bahawa tajuk filem Terbang itu sendiri amat dekat dengan dirinya secara peribadi.

“Antara sebab lain adalah saya suka dengan tajuknya iaitu Terbang, sebab saya seorang drifter dan pelumba (racer) juga. 

“Filem ini mengisahkan tentang dunia sukan rally, walaupun berkaitan dengan dunia permotoran tetapi ada sedikit berbeza dengan drfting.

“Tetapi saya rasa saya boleh banyak belajar daripada projek ini dan itu juga antara satu lagi sebab saya terima naskhah ini,” jelasnya.

Selain Jack Tan, filem ini turut dibintangi Irfan Zaini,  Zizan Razak, Nam Ron, Diana Danielle, Aiman Hakim, Shweta Sekhon dan Mikael Noah.

Terbang merupakan filem yang diinspirasikan dari kisah kejayaan pelumba rali negara iaitu Karamjit Singh.

 

Must-Watch Video

Advertisement