Sekilas
- Izara Aishah bersyukur kerana anak-anaknya mudah dijaga dan mempunyai disiplin yang baik sejak kecil.
- Rutin harian bersama anak-anak berjalan lancar tanpa masalah besar, memudahkan tugasnya sebagai ibu.
- Walaupun ada pembantu rumah, Izara dan suami tetap terlibat secara langsung dalam membesarkan dan mendidik anak-anak mereka.
Pelakon, Izara Aishah meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan anak-anaknya yang mudah dijaga dan mempunyai disiplin yang baik.
Menurut Izara, rutin harian bersama anak-anak berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah besar, sekali gus memudahkan urusan sebagai seorang ibu.
“Anak-anak saya senang nak jaga, alhamdulillah sangat-sangat, mereka mendengar cakap dan agak berdipslin juga.
“Kalau nak tidur mereka tidur betul betul, kalau nak makan, mereka makan. Saya tiada masalah dengan anak-anak alhamdulillah,” katanya kepada Gempak.
Tegas Izara lagi, walaupun mempunyai pembantu rumah, namun pelakon cantik ini akan memastikan dirinya dan suami tetap memainkan peranan utama dalam membesarkan anak-anak, khususnya dalam soal disiplin dan adab.
“Saya ada pembantu, tetapi saya involved dalam setiap perkara yang anak-anak lakukan, sebab kalau bagi orang lain jaga nanti, dia punya disiplin, adab nanti tak sama dengan kita.
“Jadi sudah tentu kena pastikan kebanyakan masa mereka itu adalah bersama saya dan suami. Tak banyak sangat dengan pembantu,” jelasnya.
Untuk rekod, Izara mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid pada 17 november 2017.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Arisa Alaia dan Amara Amina