Skip to main content

Viral

Isu Solekan Umai Terlebih Saturasi Di Pentas Konsert, Jurusolek Tampil Beri Penjelasan - "In Real Life & Camera Is Just Nice"

umai_make up

Sekilas

  • Aiman Shahiran, jurusolek Umairah, menjelaskan solekan yang nampak terlebih warna di konsert Legacy 30 disebabkan pencahayaan pentas yang terang dan warna lampu yang mempengaruhi paparan di skrin besar.
  • Aiman turut menegaskan solekan telah dikurangkan sebelum Umairah naik ke pentas untuk memastikan hasil yang lebih natural dan sesuai untuk kamera serta tontonan langsung.
  • Umairah berduet dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza menyampaikan lagu Hati Kama dan single terbaru mereka Kaca & Permata dari album Gema Bumantara.

Jurusolek kepada penyanyi remaja Umairah iaitu Aiman Shahiran tampil membalas komen peminat terhadap hasil kerjanya ketika di konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza pada Sabtu lalu.

Menjawab kepada pertanyaan tentang punca kepada solekannya yang disifatkan terlebih warna pada wajah Umai, jelas Aiman, penataan cahaya di pentas mempengaruhi hasil yang dilihat pada skrin monitor di stadium.

"I did her makeup yesterday. Dekat big screen tu memang colour dia over saturated & lighting dekat stage is so bright. Campur lampu orange & kuning lagi.

"Even baju for both of them pun sangat lain colour dia," jelas Aiman menerusi hantaran di Threads.

Aiman turut mengurangkan warna pada tatarias wajah Umairah sebelum penyanyi itu naik ke pentas untuk berduet bersama ibu saudaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

"Before naik stage pun kita dah tone down lagi, actually.

"This makeup in real life & camera is just nice, u can tengok dekat my instagram to see the picture & video but thank you for noticing & your concern," ujarnya.

Umairah tampil berduet bersama Siti Nurhaliza menerusi lagu Hati Kama dan single terbaharu mereka Kaca & Permata yang dipetik daripada album terbaharu Gema Bumantara.

Must-Watch Video

Advertisement