Skip to main content

Hiburan

Isu Artis Sombong Perlu Dilihat Secara Seimbang, Aisha Retno Harap Netizen Lebih Memahami Situasi - “Kita Pun Ada Had Penat & Lesu”

Astrogempak AISHA

Sekilas

  • Aisha Retno mengingatkan netizen supaya melihat isu artis dikatakan sombong secara seimbang dan memahami situasi sebenar yang dihadapi mereka.
  • Beliau menegaskan kritikan wajar dijadikan pengajaran dan teguran harus disampaikan dengan cara berhemah kerana artis juga manusia biasa yang ada hari penat dan lesu.
  • Aisha mengakui netizen berhak meluahkan pandangan di platform terbuka seperti Threads, walaupun ada dakwaan segelintir artis bersikap sombong.

Penyanyi, Aisha Retno mengakui isu tular mengenai dakwaan segelintir artis yang dilabel sombong oleh netizen di media sosial perlu dilihat secara menyeluruh dan seimbang.

Menurut Aisha, sebagai seorang artis, setiap kritikan yang diterima wajar dijadikan sebagai ruang untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

“Bagi saya, sebagai artis, kita kena ambil itu sebagai pengajaran untuk menjadi lebih baik pada masa depan. Saya bukan kata artis itu salah, kerana sebagai artis kita ada hari-hari yang terkadang rasa penat atau tak sempat nak melayan semua orang,” katanya kepada Gempak.

Pelantun lagu Jodoh Lebaran itu berharap agar peminat dapat memahami situasi sebenar yang dihadapi oleh artis, selain menegaskan bahawa teguran seharusnya disampaikan secara berhemah.

“Jadi untuk netizen, saya harap anda faham yang kami ini ada hari-hari yang kurang baik dan tidak sempat bertegur sapa. Kita sesama manusia ini berkawan, jadi kalau boleh tegur-menegur dengan cara yang baik. Tegur boleh, tapi berpada-padalah sebab artis pun manusia biasa.

“Kita pun ada had penat dan lesu, tapi itu sebahagian daripada kerjaya kami, kami kena hadapinya,” jelasnya.

Aisha turut mengakui bahawa netizen mempunyai hak untuk meluahkan pandangan mereka, terutama di platform terbuka seperti Threads.

“Orang yang menulis di Threads itu adalah netizen dan mereka berhak untuk cakap apa yang mereka nampak. Threads adalah untuk semua orang, kita tak boleh halang orang untuk kata artis ini sombong,” tambahnya.

Sebelum ini, hangat diperkatakan di laman sembang apabila segelintir netizen mendakwa terdapat artis yang bersikap sombong, malah turut menyenaraikan beberapa nama yang dikaitkan dengan isu berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Must-Watch Video

Advertisement