Skip to main content

Viral

"Isteri Saya Dimasukkan Ke Hospital Kerana ..." - Prince Syed

Prince Syed Fatin Dehidrasi

Pempengaruh dan usahawan sensasi, Prince Syed mendedahkan punca sebenar isterinya, Fatin Syazwani dikejarkan ke unit kecemasan sebuah hospital di Shah Alam beberapa hari lalu disebabkan kekurangan air dalam badan (dehirasi).

Jelas Prince Syed, situasi isterinya semakin membimbangkan ketika mereka berada di Langkawi untuk menyertai festival makanan di sana.

"Selepas pembedahan bariatrik, kami ada urusan kerja di Langkawi. Semasa di sana, saya perasan keadaan Fatin semakin lemah. Dia kerap muntah dan tidak boleh makan atau minum seperti biasa. Saya dah mula risau.

"Saya ajak dia pergi hospital, tapi dia tak mahu. Katanya, itu normal bagi orang yang baru buat bariatrik sebab dia tengok dalam kumpulan pesakit lain pun ramai yang alami perkara sama.

"Saya masih risau sebab muntah dia makin teruk. Dia kata takut masuk wad. Saya cuba pujuk, tapi dia tetap tak setuju.

"Sampai di Guar Chempedak, keadaan dia makin lemah. Saya pujuk dia ke klinik, kemudiannya doktor sarankan untuk buat drip sebab dia dehidrasi. Lepas drip, Alhamdulillah nampak perubahan positif," ceritanya kepada Gempak.

Advertisement

Bagaimanapun, ketika menjalani pemeriksaan di klinik di Teluk Pulai, Fatin disarankan untuk mendapat rawatan lanjut di hospital akibat keadaan badannya yang terlalu lemah.

"Akhirnya ketika itu barulah dia berlembut hati dan bersetuju untuk ke hospital. Sampai di sana, doktor sahkan dia dehidrasi teruk dan buah pinggang dia kurang air. Doktor masukkan drip dan terus pantau keadaannya untuk stabilkan badan.

"Bila dah buat rawatan tu, Alhamdulillah dia nampak okey. Cuma sebab dah lama tak cukup air, badan dia jadi lemah dan mengantuk. Dua hari pertama dia banyak tidur. Masa tu dia pesan dengan saya, 'abang, tolong jangan bagi sesiapa datang, saya nak tenang'," tambahnya.

Selain itu, doktor turut menjalankan dialisis ringan untuk mencuci darah dan bantu menstabilkan fungsi badan.

"Saya tanya doktor, 'dialisis ni bukan untuk orang yang kronik ke?' Doktor jelaskan, 'tidak, ini dialisis sementara untuk bantu cuci darah sebab kekurangan air'.

"Proses itu cuma tiga jam dan Alhamdulillah lepas prosedur, keadaan Fatin terus jadi sihat. Doktor sahkan dia cuma alami dehidrasi, bukan komplikasi pembedahan.

"Selepas itu dia dipindahkan ke unit HDU (Unit Penjagaan Rapi Hospital), untuk pemantauan lebih dekat. Hari kedua, doktor bagi bantuan pernafasan melalui hidung supaya paru-paru dia lebih lancar sebab banyak baring.

"Hari ketiga, Fatin dah boleh duduk, gelak dan bercakap," kongsinya lagi.

Terdahulu, tular di laman sosial video seorang wanita mendakwa dirinya ibu mentua Prince Syed ke sebuah rumah dan memaklumkan menantunya lari dan menghalang anak serta cucu berjumpa dengannya.

Dalam video sama, wanita berkenaan turut mendakwa Prince Syed berkahwin dengan Fatin Syazwani untuk menjadikan wanita itu tikus makmal dengan memaksa menjalani pembedahan bariatrik bagi menjual produk pelangsingan badan.

Prince Syed bagaimanapun tampil menjelaskan situasi sebenar dan menafikan dakwaan berkenaan. Tindakan isterinya untuk melakukan bariatrik disebabkan tekanan body shaming yang diterimanya di media sosial saban waktu.

Must-Watch Video

Advertisement