Sekilas
- Pelakon Datin Intan Najuwa mengumumkan kehamilan anak kedua melalui Instagram.
- Anak sulungnya, Imane Lunara, bakal menjadi kakak dalam keluarga yang kini akan bertambah kepada empat ahli.
- Intan berkahwin dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023 dan dikurniakan anak pertama pada Disember 2024.
Pelakon, Datin Intan Najuwa berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang kini hamil anak kedua.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri pemilik nama Intan Najuwa Abdul Hamid ini menerusi perkongsian di Instagram (IG).
Menurut Intan, anak sulungnya iaitu Imane Lunara bakal memikul tanggungjawab sebagai seorang kakak.
‘Lunara akan menjadi seorang kakak. Keluarga kecil kami semakin membesar dan akan menjadi empat ahli keluarga,” kongsinya.
Menerusi perkongsian tersebut, Intan turut memuat naik foto dirinya memegang imbasan kehamilan bayi keduanya yang turut dipegang Lunara.
Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak pertama pada 15 Disember 2024.
Sumber: Instagram