Sekilas
- GuardFlow diumumkan sebagai pemenang minggu keempat program INNOVATHON 3 dengan inovasi alat kawalan lembapan pergigian serbaguna yang menggabungkan empat komponen dalam satu rekaan kompak.
- Alat ini diperbuat daripada keluli tahan karat, boleh disteril dan diautoklaf, serta menyokong rawatan dua tangan yang menjimatkan masa dan meningkatkan kualiti tampalan.
- GuardFlow telah diuji di Klinik Kesihatan dan sekolah di Perlis, sedang dikilang bersama syarikat tempatan, dan mampu menggantikan fungsi rubber dam yang lebih besar dan mahal.
GuardFlow menarik nafas lega apabila nama mereka diumumkan sebagai pemenang minggu ke empat program INNOVATHON 3 yang disiarkan pada malam Sabtu lalu.
Menerusi sesi pembentangan, GuardFlow berjaya menarik perhatian juri dengan memperkenalkan inovasi mereka.
GuardFlow ialah alat kawalan lembapan pergigian serbaguna yang menggabungkan empat komponen dalam satu rekaan kompak iaitu tongue retractor, cotton roll holder, saliva ejector holder dan mouth prop.
Kelebihan GuardFlow ini adalah diperbuat daripada keluli tahan karat selain boleh disteril dan diautoklaf.
Selain itu, GuardFlow juga menyokong rawatan dua tangan (two-handed dentistry), menjimatkan masa rawatan dan meningkatkan kualiti tampalan.
Alat ini telah pun diuji di Klinik Kesihatan dan sekolah di Perlis, serta sedang dikilang bersama syarikat tempatan iaitu Syarikat Tunas Warisan Synergy Sdn. Bhd. di Kedah
Malah kos yang diperlukan juga rendah, tahan lama dan sesuai digunakan untuk kanak-kanak serta dewasa.
GuardFlow juga dapat menggantikan fungsi rubber dam yang lebih besar, mahal, rumit, ambil masa yang lebih lama untuk dipasang dan terdapat 30 unit buat masa sekarang.
INNOVATHON musim ketiga ini menyaksikan primadona negara, Erra Fazira memegang peranan sebagai juri.
Selain itu, pelakon, Amelia Henderson dan Awal Ashaari diberi tanggungjawab sebagai hos bagi rancangan manakala Ceddy Ang selaku hos kapsul.
Pengacara tersohor negara, Datuk Aznil Nawawi pula berperanan sebagai Mentor INNOVATHON yang membimbing dan memberi motivasi kepada para peserta.
Program TV inovasi terbaik Asia, INNOVATHON dengan kerjasama Astro dan Kementerian Ekonomi dan MOSTI ini menyaksikan skala yang lebih besar dan penyertaan dua kali ganda tahun ini berbanding tahun sebelumnya.
Saksikan pelbagai idea dan ciptaan inovatif kreatif ini setiap Sabtu, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro RIA (saluran 104), Astro Vaanavil, Astro Showcase dan strim di Astro GO serta sooka