Skip to main content

Hiburan

“Ini Adalah Babak Mimpi, Jika Mahu Dibayangkan Sebagai Kartun Pun Okay” - Sharifah Sakinah

ASTROGEMPAK Sharifah Sakinah

Sekilas

  • Seorang wargamaya kritik drama ‘Sujud Terakhir Encik Norman’ kerana terlalu banyak guna teknologi AI dalam babak lakonan Sharifah Sakinah.
  • Sakinah jelaskan babak tersebut adalah mimpi wataknya dan minta penonton beri peluang untuk drama Melayu cuba sesuatu yang baru.
  • Beliau puji pengarah Shahrulezad Mohameddin dan produksi yang progresif, sambil tekankan AI hanya membantu, kreativiti tetap datang dari mereka.

Seorang wargamaya berkongsi pendapatnya mengenai salah satu babak lakonan Sharifah Sakinah dalam drama ‘Sujud Terakhir Encik Norman’. 

 

Menerusi perkongsian di Threads, individu itu menganggap drama tersebut terlalu banyak penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

 

“Cringe nya cerita ni banyak guna AI hahahahah,” tulis individu itu. 

 

Membalas perkongsian itu, Sakinah berharap semua orang memberi peluang untuk drama Melayu mencuba sesuatu yang baharu. 

 

Menurut Sakinah lagi, babak tersebut merupakan mimpi daripada imaginasi watak lakonannya iaitu Emma. 

 

“Berilah peluang untuk cuba. Percubaan pertama drama Melayu di TV. Insya-Allah, semakin lama, ia akan kelihatan lebih believable.

 

“Tambahan pula, ini adalah babak mimpi. Jika mahu dibayangkan sebagai kartun pun ok, kerana ini adalah imaginasi Emma,” katanya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Sakinah juga memuji pengarah Budak Ijat atau Shahrulezad Mohameddin dan produksinya yang sangat progresif. 

 

“Insya-Allah, semua penonton boleh cuba adapt. Inilah proses creative evolution. Jangan risau Budak Ijat dan team sangat progressive.

 

“Idea, naratif dan kreativiti tetap datang daripada kami, secara organik. AI membantu proses, tetapi jiwa karya still ons,” ujarnya.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

Must Watch Video

Advertisement