Skip to main content

Hiburan

“Ingat Kehidupan Bukan Hanya Status, Populariti, Harta Semata Tapi…” - Bella Astillah

Bella Astillah

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah meluahkan rasa syukur mempunyai dua orang anak yang sangat memahami kerjanya. 

Menerusi perkongsian di Instastory, Bella turut mendedahkan anak lelakinya iaitu Mohamed Ayden Adrean sanggup tidak mahu berkahwin kerana ingin menjaganya. 

“Terima kasih Ayden, Ara yang selalu faham bila mummy selalu kerja. Biła nampak mummy down Ayden akan tanya ‘Are you okay mummy?’. Ara pula akan peluk. 

“Ayden selalu cakap dia tak nak kahwin sebab nak jaga mummy saja,” kongsi Bella. 

Advertisement

Mohon maaf atas kekurang membesarkkan anak-anak, Bella tetap bersyukur diberikan kesihatan untuk melakukan yang terbaik buat Ayden dan Ara. 

“Mummy minta maaf banyak kekurangan dari segi membesarkan kamu berdua. Tapi percayalah mummy akan pastikan hanya yang terbaik untuk Ayden dan Ara.

“Alhamdulillah di usia mummy 31 tahun, mummy diberi kesihatan dan Anugerah oleh-Nya iaitu kamu berdua. Tak mudah perjalanan ini tapi cukup bermakna. 

“Semoga kamu sentiasa dilindungi dan menjadi manusia yang bukan sahaja penuh dengan ilmu tapi baik hati. 

“Ingat kehidupan bukan hanya status, populariti, harta semata tapi juga tentang adab dan kebaikan. Mummy terlalu sayang,” ujarnya. 

Must-Watch Video

Advertisement